Catatan

Al Lisan atau Lidah - keluarnya 18 huruf

Imej
Mana saya dapat gambar lidah ni? Saya dapat dari Almarhum Tn Hj Ahmad Mustafa bin Hj Mohd Sidin al Muqri rahimahullah. Beliau adalah mantan imam besar Masjid Selangor, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Beliau meninggal dunia tahun 2014 pada usia 39 tahun.  https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/705   Beliau juga adalah guru taranum kepada guru saya. Beliau menerangkan makhraj lisan dalam bentuk lidah di video smart tajwid: Sila ke minit 41.  https://www.youtube.com/watch?v=H7BLSe2iNyE&t=2496s Berikut adalah video penuh. Berikut adalah Gambar lidah mengikut lingkungan makhraj didalam buku "Tajwid Al Quran Rasm Uthmani" -Tuan Haji Abdul Qader Leong. Saya menambah cara bagaimana mendapatkan huruf ikhfa' dari gambar lidah ini dan juga huruf Syamsiah.  Sila klik sini untuk kualiti print. Dibawah ini pula Gambar lidah mengikut lingkungan makhraj huruf Ibnu Al Jazariy: Sila klik sini untuk kualiti print.

Makhraj 'Ain ع dan Ha pedas ح ditengah kerongkong

Imej
Jika kita meneliti kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani yang disusun oleh Tn Haji Abdul Qader Leong didalam bab makhraj muka surat 11 dibawah sekali,  Makhraj ketiga: Tengah kerongkong keluar daripadanya huruf 'Ain(ع) dan Ha'(ح).  P/s: Orang Malaysia ,memanggilnya ha pedas kerana ketika sukun ia berbunyi seperti kepedasan. Disini satu persoalan timbul kerana apa yang menjadi sekatan udara padanya sehingga mengeluarkan bunyi Ain(ع) dan Ha'(ح). Kita ketahui hanya 3 huruf mad makhrajnya rongga(jauf). 3 huruf ini tidak dapat ditentukan dengan pasti - muqoddar. Ini dinamakan huruf vokal. Alif(ا), wau(و), dan ya(ي), dimana makhraj ketiga huruf ini ialah sepanjang saluran rongga kerongkong dan mulut dimana udara melaluinya. Manakala Huruf Ain(ع) dan Ha'(ح) pasti ada sekatan udara. Yang kita ketahui ialah Makhraj ialah tempat menahan atau menyekat udara ketika bunyi huruf dilafazkan. Konsep bunyi terhasil adalah kerana terdapatnya pergeseran udara antara 2 medium. Contohnya bila...

Bagaimana membaca huruf huruf awal surah - contoh surah Maryam ayat 1

Imej
Kaedah membaca huruf huruf awal surah yang juga dikenali huruf muqotto'ah مقطَّعه: Kesemua huruf dieja mengikut kaedah berikut: 1) Huruf yang mempunyai tanda mad ( ) dieja , huruf akhirnya disukunkan. 2) Huruf yang tiada tanda mad dieja tanpa huruf hamzah- contohnya huruf ya, asalnya mempunyai hamzah dihujung, ya un (ياءٌ) tetapi dieja tanpa hamzah (يا) 3) Apabila telah dieja barulah kita dapati terdapat hukum hukum bacaan yang tersembunyi seperti Ikhfa' hakiki dan qolqolah seperti contoh dibawah. Apabila nun sukun kepunyaan huruf ain bertemu dengan huruf sod kepunyaan huruf sod, terjadilah hukum bacaan ikhfa' hakiki. Manakala didalam ejaan huruf sod diakhirnya ada qolqolah kubra. Surah Qosos & Ash-Syu'ara' Terdapat dengung idgham 2harakat bile nun sukun kepunyaan sin bertemu dengan huruf mim kepunyaan mim Apakah kita perlu mengetahui kesemua ejaan huruf hijaiyah? Tidak kita perlu ketahui hanya 8 daripada huruf mad lazim harfi menerusi rangkai kata berikut setia...

Martabat Mad Far'ie

أقْوَى المُدودِ لاَزِمٌ فَما اتَّصَل فَعَارِضٌ فَذُو انفِصالٍ فَبَدَلْ Matan tingkatan mad oleh Syeikh Ibrahim 'Ali As Samannudi dalam kitabnya Tuhfatus Samannudiyyah 1. Mad Lazim 2. Mad Muttasil 3. Mad 'Arid Lissukun 4. Mad Munfasil| 5. Mad Badal Saya mendengar dari 4 guru. 2 guru saya memintanya sendiri, Alhamdulillah dapat dari Ustaz Kamarudin Ishak

Waqaf ayat 4 surah Ma'un

Imej
Soalan Al Ma'un ayat 4 فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ - ada guru yang mengatakan majoriti ulama cakap boleh berhenti pada akhir ayat 4 surah al Ma'un. Manakala ada guru yang mengatakan waqaf qobih mengikut pendapat ulama. Jawapan waqaf di utamakan : ini adalah muktamad pendapat Qurra’ begitu juga ad-Dani , al-Jazary dan al-Asymuny  Begitulah juga pendapat Ustaz Muhammad Laili al Fadhli mengatakan majoriti ulama membolehkan waqaf pada ayat 4 surah al Maun. Beliau mengatakan " mutlak waqf sunnah " bererti menghentikan bacaan pada akhir ayat adalah waqaf sunnah secara mutlak(hassan) Kita dapati Ibnul Jazari didalam Muqoddimah nya didalam bab waqaf dan ibtida' إِلاَّ رُؤُس الآىِ جَوِّزْ فَالحَسَنْ Pada pendapat saya jika pembaca al Quran memberhentikan bacaan dengan niat qoto' (القطع)bukan waqof maka qobihla dia. Qoto' ialah memutuskan bacaan kerana tujuan berhenti (selesai). Soalan Al Ma'un ayat 4 فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ - ada guru yang mengatakan majoriti...

Senarai Imam Qiraat Sab'ah dan perawinya

Berikut adalah Senarai Imam Qiraat Sab'ah  Contohnya kita menyebut "Riwayat Hafs An 'Asim", begitulah kita juga  menyebut "Riwayat Warsh An Nafi' " Untuk sesiapa yang belum mengetahui, kita membaca dengan riwayat Hafs 'an 'Aasim Toriq As Syatibi. Imam Hafs bin Sulaiman meriwayatkan qiraat(bacaan) bapa tirinya 'Aasim bin Abi An Najud al Kufi. Imam 'Asim pula mengambil bacaan dari Abi 'Abdul Rahman 'Abdullah bin Habib As Sulami dari Sayyidina 'Uthman bin 'Affan dan Sayyidina 'Ali bin Abi Tholib dan Sayyidina Zaid bin Tsabit dan Sayyidina Ubay bin Ka'ab Dari Nabi Muhammad saw dari Jibrail a.s dari Allah Ta'ala Imam Q iraat Imam Riwayat Nafi’ al Madani نافع Qolun قالون Warsh     ورش Ibnu Kathir al Makki   ابن كثير Al Bazzi   البزي Qunbul   قنبل Abu ‘Amru al Basri أبو عمرو Ad Duri   الدوري ...

Kadar Mad Jaiz Munfasil para Imam Qiraat Sab'ah

Imej
  Pada muka surat 65 pada tajuk Mad Munfasil, Kitab Tajwid Rasm Uthmani yang disusun oleh Tn Haji Abdul Qadir Leong disebut bahawa: Dinamakan juga Mad Jaiz( Mad Harus) kerana para ulama Qurra' berselisih pendapat mengenai panjang madnya, diantaranya ada yang membaca dengan kadar mad dua harakat, ada yang membaca dengan empat atau lima harakat dan ada yang membaca dengan enam harakat.  Jadi soalannya siapakah imam imam tersebut yang membaca dengan kadar kadar tertentu itu? Berikut adalah Kadar Mad Jaiz Munfasil dan Mad Wajib Muttasil yang dibahaskan oleh Ustaz Muhammad Ihsan bila beliau mensyarahkan bait mandzumah As Syatibiyyah Imam Qiraat yang disebutkan dalam jadual dibawah ialah Ibnu Katsir, Ibnu Amir, ‘Asim dan Al Kisa’i dan Hamzah. Selain daripada itu adalah imam riwayat seperti Imam Warsh dan Qolun adalah periwayat Qira'at imam Nafi'.. Disini senarai imam imam Qiraat Tujuh Kadar Mad Jaiz Munfasil Imam  Qasr - 2 harakat ...

Makhraj Sod, Zai dan Sin pendapat kedua: hujung lidah diangkat ke langit-langit keras menghampiri gusi

Imej
Makhraj Sod Zai Sin ص ز س yang masyhur seperti didalam kitab Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani ialah hujung lidah ditekan pada belakang gigi gunting bawah. Kita dapati susah bagi orang yang baru belajar utk lidahnya menekan pada gigi bawah. Tetapi belajar mengaji al-Qur'an ini memang perlu latihan yang berterusan. Jadi bagi sesiapa yang telah melatih namun masih terasa lidah terangkat maka boleh lah cuba pendapat kedua yang akan diceritakan dibawah. Kalau kita belajar tajwid kita memang dapati bab makhraj dan sifat terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama'. Pendapat kedua makhraj Sod, Zai dan Sin ص ز س Guru saya yang bersanad sahih yang juga bersambung dgn arwah Tan Sri Hj Hassan Azhari rahimahullah melalui gurunya Ustaz Rusli Md Zain al farqawi, menggunakan makhraj yg serupa seperti Ustaz Muhammad Taha Hassan Azhari terangkan didalam rancangan muqaddam episod 11- video ada dikepilkan dibawah. Apabila ditanya definisinya yg betul, guru saya menjawab: "hujung lidah diangkat...

Waqaf Tamkin, Tamkin Qiro'ah dan Mad Tamkin

Imej
Waqof Tamkin  Waqaf tamkin ialah bila kita waqaf pada ya bersabdu. Kita kena menekan huruf ya pada makhrajnya lebih kuat dari huruf sebelumnya - tetapi dgn perhatian: jangan sampai terjadi sifat syiddah (tertahan suara) kerana ya bersifat Rokhawah - (mengalir suara/terlepas suara) Tamkin maksudnya tetap. Contohnya: Al Ahzab ayat 56 Perhatikan Bacaan Syeikh Mishary pada kalimah "Nabiyy".   Mad Tamkin Mad tamkin didalam buku Tajwid Rasm Uthmani muka surat 78,hanya diberi contoh contoh pada kalimah ya bersabdu yang diikuti oleh ya kecil (ya ma'qusoh) didalam satu kalimah dan hanya satu contoh ya bersabdu jumpa ya didalam satu kalimah dalam surah An Nisa' ayat 86: Yang nak ditetapkan(tamkin) pada perjumpaan ya sabdu dgn ya ini adalah madnya ya dibaca2 harakat. Manakala jika perjumpaan huruf yang serupa huruf mad wau berjumpa wau dikalimah berikutnya.Yang nak ditetapkan ialah mad wau itu (seperti anak panah diatas) supaya tidak terjadi idgham. Kedudukannya berbeza antara ...

Waqaf Lin, Huruf lin dan Mad lin

Imej
Harfun Lin atau Huruf Lin terjadi dalam keadaan Wasol, bila huruf ya dan wau bertanda sukun, huruf sebelumnya berbaris diatas . Ia disebut dengan lunak. Jika kita mematikan mendatang huruf yang berbaris selepas huruf lin itu ia akan menjadi Mad Lin yang hukumnya jaiz boleh dibaca 2 atau 4 atau 6 tetapi afdol ialah 2 harakat .  Contoh Mad Lin pada surah Quraish ayat 1 Bagaimanapun pada huruf muqotho'ah diawal surah. Dimana ada huruf 'Ain yang dieja dengan {ع ي نْ}. Huruf akhir nun disukunkan bermakna ia adalah Mad Lin bila dibaca.Tetapi secara amnya dia tidak dinamakan Mad lin Harfi tetapi Mad Lazim Harfi. Ia boleh dibaca dengan 2 wajah mengikut Toriq As Syatibi. Dibaca dengan 6 harakat lebih didahulukan daripada 4 harakat. Ini boleh dirujuk pada muka surat 80 buku Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani oleh Tuan Haji Abdul Qader Leong pada point no1. ** Perlu diingat ejaan ع, ain ya nun {ع ي نْ} . Nun disukunkan  نْ terjadinya hukum antara nun sukun نْ kepunyaan ain ع itu dengan huruf...

Syeikh Sudais membaca ikhfa' syafawi dan iqlab dengan merenggang bibir - furjah

Imej
Imam Besar Masjidil Haram, Syeikh Abdul Rahman Sudais membaca Ikhfa' Syafawi dan Iqlab dengan merenggang bibir. Sila tonton fullscreen dengan PC supaya gambarnya jelas. Surah Fajar ayat 23 Surah Ghosyihah ayat 22. Bawalah bacaan yang kita ambil dari guru yang bersanad sahih. Sy sendiri mengambil bacaan furjah dari guru yang bersanad dengan dalil dr tuhfatul atfal. Menurut Ustaz Muhammad Ihsan, Syeikh Ali Hudzaifi, Imam Besar Masjid Nabawi di Madinah juga membaca furjah- Tapi sy dapati dia membaca dengan itbaq. Allahu A'lam Perhatikan mulut beliau pada bacaan Surah yasin ayat 60 dan juga surah yasin ayat 69 muka surat 444. Nota 1: http://ufiqatartv.blogspot.com/2016/01/mana-dalil-baca-ikhfa-syafawi-iqlab.html Sy juga memeriksa video Syeikh Mahmud Khalil dan mendapati beliau membaca dgn itbaq. Ikhfa' syafawi pada Surah yusuf ayat 15  https://youtu.be/4DK2vM535WI?t=608 Iqlab pada Surah Syura ms 485 ayat 22  https://youtu.be/-BaeRExNot4?t=139 Nota 2:  http://elhumawy.blogspot...

Qolqolah

Imej
Qolqolah ialah bunyi lantunan yang kuat daripada makhraj hasil daripada bacaan huruf qolqolah yang bertanda sukun makhrajnya ditekan terlalu kuat dan dilepaskan dalam waktru yang singkat.   Didalam buku Tajwid Al-Quran Rasam Uthmani – Hj Abdul Qader Leong Tajuk Qolqolah berada pada muka surat 21-22. Cetakan baharu mempunyai banyak teks yang ditambah masuk untuk memperbaiki bab Qolqolah. Ini termasuk definisi Sughro yang edisi lama tidak memasukkan dalam keadaan wasal. Hurufnya: ق ط ب ج د قَلْقَلَةٌ قُطْبُ جَدٍّ   - Matan Al Jazari Mengenai Qolqolah bertasydid (Akbar) didalam Kitab Tajwid Al-Quran Rasam Uthmani - Hj Abdul Qader Leong Cetakan 2003. Jika ia bersabdu maka hendaklah dinyatakan sabdunya dengan cara melebihkan sedikit lagi tekanan padanya Cetakan 2017. Jika huruf Qalqalah berbaris dan bertasydid diakhir kalimah dan dibaca sukun mendatang kerana berhenti bacaan diatasnya, maka hendaklah menghentikan bacaan sekejap tanpa bernafas dalam masa 2 harakat kerana me...

Mad munfasil yang dibaca 2harakat qasr didalam riwayat Hafs an Asim

Imej
Ustaz  Iskandarruzaman Kandarrie  telah menjawab soalan saya dilaman facebook Persatuan Qiraat pada bulan 3 2020. Jadi bila ada guru mengatakan Toriq al Jazari baca 2 harakat Mad Jaiz, sebenarnya kurang tepat kerana Ibnul Jazari mengumpulkan kesemua Toriq termasuk yang membaca munfasil 4/5 dan juga 11 Toriq yang membaca Mad Jaiz 2 harakat. Soalan: Boleh senaraikan semua mad munfasil yg dibaca Qasr 2h dlm Riwayat Hafs 'an 'Asim? Jawapan:  Setakat yg saya tahu, Riwayat Hafs ''An 'Asim daripada Toriq anNasyr ada 52 semuanya.. Bacaan Qasr pula, hanya datang dari 11 turuq daripada 52 turuq.. Yang boleh disimpulkan kepada 2 turuq besar iaitu الفيل &زرعان Dari Toriq Al Fiil itu ada 8 kitab : ١ .  جامع ابن فارس ٢. غاية ابن مهران ٣. المستنير ٤. المصباح ٥. روضة المالكى ٦. روضة المعدل ٧. كفاية الكبرى ٨. الكامل Dr Toriq Zur'an pula ada 3 kitab ١. روضة المالكى ٢. روضة المعدل ٣. جامع ابن فارس Rujukan 1. Dr Mustafa Halloos, pensyarah Kuliah Quran Tanta 2. Kitab أحسن البيان...

Kaedah memulakan bacaan dengan hamzah wasal

Imej
Didalam kitab Tajwid AlQuran Rasm Uthmani ms 94-96 bab Cara memulakan dengan hamzah bersambung diringkaskan ke dalam jadual dibawah. Pada point ke3 ms94, disenraikan 7 kalimah yang sentiasa berbaris dibawah. Tuan Penyusun kitab menyenaraikan alismu pada surah al Hujurat ayat 11 ms 516. Tetapi yang lebih tepat ialah semua kalimah ismu.Cth Surah Aali 'Imran ayat 45 mukasurat 55 Al Quran. Bila ibtida' dibaca "ismuhu" Kalimah ismu juga terdapat pada matan al jazari pada bab hamzah wasol.   

Syair Huruf Hijaiyah dan lingkungan makhraj dari kitab Al Murshid fi ilm At Tajwid

Imej
 Syair ini sesuai dengan bab makhraj huruf didalam kitab Tajwid AlQuran Rasm Uthmani - Tuan Haji Abdul Qader Leong, kerana gelaran makhrajnya yang sama. Cuma disini kita dapati susunan huruf halqum, Kho dan Ghoin terbalik dari yg mashur dan Huruf Dhod ditengah lidah adalah pendapat yg lemah. Namun begitu ia tetap bagus untuk dihafaz utk memudahkan ingatan kumpulan2 huruf.

Senarai Nun Wiqoyah - Nun Wasol - Nun Iwad

Imej
Wiqoyah mengikut guru saya ialah mengawal. Nun wiqoyah juga dikenali dengan nama Nun Iwad ataupun Nun wasal. Iwad=ganti, Wasol = sambung. Nun Wiqoyah ini terjadi bila terdapat pertemuan dua huruf yang mati(sukun) = Iltiqo' us Sakinain. Didalam kitab Tajwid AlQuran Rasm Uthmani ia terdapat di muka surat 102 bawah tajuk tanwin 1)Tanwin Pertama sekali kita mesti tahu apa itu tanwin. Tanwin itu sendiri sebenarnya adalah nun sukun zaidah(tambahan) dari segi bacaan. Bacaan tanwin pula hanya wujud semasa ia wasol.       فتحتين Fathatain  كسرتين Kasrotain  ضمتين Dhommatain 2)Huruf bersabdu ialah huruf mati Keduanya kita mesti tahu huruf bersabdu ialah 2 huruf, satu huruf mati satu huruf berbaris. Jadi sabdu juga termasuk dalam huruf sukun dalam bab ini. (perhatian ada sabdu bukan dr dua huruf yg sama tetapi terjadi sbb idgham - sila baca disini )Memang ada pertemuan dengan huruf yang bersabdu seperti pertemu...