Sifat Huruf Isti'la

 Topik yang menajdi perbincangan pada kali ini ialah sifat huruf Isti'la إستعلاء. Ini ialah sifat yang berlawanan. Bermakna setiap huruf pasti mempunyai salah satu sifat ini, kalau dia tidak isti'la, maka dia ialah istifal iaitu sifat lawan bagi huruf isti'la.(perhatian: kalau huruf itu istifal dia pasti infitah)

Ibnul Jazari dalam bait syair matan muqoddimahnya dalam bab sifat huruf mengatakan;

وَسَبْعُ عُلْوٍ خُصَّ ضَغْـطٍ قِـظْ حَصَـرْ

Yang perlu kita hafal ialah خُصَّ ضَغْـطٍ قِـظْ 
setiap huruf dari rangkai kata ini (  خ ص ض غ ط ق ظ) adalah huruf isti'la, selain dari 7 huruf ini adalah huruf istifal. Kita memang tak perlu menghafal huruf istifal. Contohnya huruf lam ada tak dalam kalimah(خُصَّ ضَغْـطٍ قِـظْ) ? lam tiada, maka dia istifal. 

Perlu dihafal kesemuannya untuk menguasai sifat huruf


Huruf isti'la ialah huruf yang terangkat pangkal lidah ke langit langit apabila kita menyebutnya.Tetapi perlu diambil perhatian kita tidak menyebut huruf isti'la secara muncung kecuali ketika dhommah. Lawan kepada Isti'la ialah Istifal.

Secara semulajadi huruf Isti'la kesemuanya bersifat Tafkhim (tebal). 

Tafkhim - ialah sifat yang mendatang(Aridhoh) yang timbul dari sifat Isti'la.
Isti'la - Sifat Asli
Lawan Tafkhim(tebal) ialah Tarqiq (nipis) sifat 'Aridhoh yang timbul dari sifat istifal.

Sifat Isti'la adalah sifat terpenting untuk kita hafal kerana ia bersangkutan dengan dengung ikhfa', Qolqolah dan hukum bacaan ro. Dengung ikhfa ditebalkan ketika bertemu dgn 5 huruf ikhfa yang isti'la. Manakala Qolqolah Tho dan Qof lebih kuat daripada Dal Ba dan Jim. Dan Tho lebih kuat dari Qof.

Tafkhim

Mutlak

 

 Itbaq

ص

 

 huruf Isti'la إستعلاء

خُصَّ ضَغْـطٍ قِـظْ

ض

ط

ظ

Tafkhim

Nisbiyyah

 

Infitah

ق

غ

خ

Huruf Isti'la yang terkuat

Diantara huruf isti'la itu ada yang terlebih kuat dari yang lain iaitu 4 huruf itbaq iaitu sodص , dhod ض, tho ط, zho ظ, dimana ruang antara lidah dengan langit-langit menjadi sempit ketika menyebutnya hurufnya. Didalam buku Tajwid Al Quran Rasm Uthmani, istilah tajwid itbaq, Lidah melengkung ke langit-langit.

Tafkhim Nisbiyyah

Dan ada diantara huruf isti'la itu bersifat Tafkhim Nisbiyyah غ   خ ق iaitu bunyinya condong kepada nipis mengikut dua syarat dibawah. Jika kita perhatikan kedudukan makhraj ketiga huruf ini, berada pada kerongkong disebelah atas dan pangkal lidah. Maknanya jauhnya dari lidah sebelah depan mempengaruhi kekuatannya pada keadaan yang tertentu seperti dalam jadual dibawah:

Keadaan

Contoh

 1. غ   خ ق  sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah

 Qolqolah sughro pada qof tidak ditebalkan seperti biasa. Tetapi dikurangkan

 2. غ   خ ق berbaris dibawah

 

Huruf Kho baris bawah tidak ditebalkan bunyinya seperti huruf kho baris atas



Update: Sila baca juga Dalil Tafkhim Nisbi: https://notatajwid.blogspot.com/2022/02/dalil-tafkhim-nisbi.html



Huruf dibaca tebal tapi bukan huruf Isti'la

Dan ada diantara huruf huruf bukan isti'la iaitu huruf istifal tetapi dibaca tebal apabila menepati syarat-syarat tertentu seperti huruf alif mad ا, ro ر dan lam ل.

1. Alif mad mengikut huruf sebelumnya, jika sebelumnya huruf isti'la dia dibaca tebal dan bila huruf sebelumnya istifal dia dibaca nipis
2. Huruf Ro mengandungi syarat2 tertentu yang lebih sukar diterangkan secara ringkas - sila rujuk disini
3. Huruf lam, dibaca tebal pada lafdzu Jalalah iaitu kalimah Allah bila huruf sebelumnya berbaris atas atau depan. Bila huruf sebelumnya berbaris bawah lam dibaca nipis.


Lanjutan - update sep 2022

Perhatian kepada para asatizah: dari keterangan berkenaan huruf-huruf isti'la diatas, kriteria huruf isti'la bukan huruf huruf yang disebut bunyinya "o" jika itu kriterianya sebegitu maka huruf ro, lam dan alif mad pun termasuk. Jadi berhatilah-hatilah semasa mengajar. 

Terdapat juga huruf yang makhrajnya di langit langit seperti, jim, syin, ya dan kaf tetapi bukan isti'la malah istifal..kenapa? kerana bila ketika menyebutnya berharakat lidah mendatar..tidak terangkat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alif Ziyadah, Wau Ziyadah Dan Ya Ziyadah- Sifrul Mustadir

Apa beza alif dengan hamzah?