Rukun Tajwid
Rukun tajwid ini diambil dari buku Tajwid al Quran oleh Ustaz Dahim Jalal al Jawi Rukun Tajwid itu empat perkara sebagaimana dijelaskan didalam Muzakkarah fit Tajwid 1. Mengetahui semua makhraj huruf 2. Mengetahui semua sifat huruf 3. Mengetahui cara membaca huruf hijaiyah apabila tersusun menjadi kalimah yang mengandungi huruf tebal dan huruf nipis maka wajib ditunaikan hak hak huruf hijaiyah supaya tidak cacat bacaan kalimah tersebut, contohnya; sila lihat screenshot. 4. Melatih lidah dengan cara banyak membaca al Quran dan mendapatkan bimbingan guru yang ahli didalam ilmu tajwid secara talaqqi dan musyafahah Rukun ke empat adalah yang paling penting dalam usaha memperbaiki mutu baca al Quran, tetapi tidak ramai orang yang sabar dan sanggup berguru lebih lebih lagi apabila uban telah penuh dikepala. Ingatlah tiada cara yang betul mempelajari alQuran kecuali hadir dihadapan guru yang alim didalam tajwid alQuran iaitu secara talaqqi dan musyafahah Sila tonton juga Ustaz Muhammad I...