Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel wajah bacaan waqaf mad arid lissukun

Wajah bacaan waqaf mad 'arid lissukun dan mad muttasil 'arid lissukun

Imej
 Wajah wajah bacaan waqaf mad 'arid lissukun dan mad muttasil 'arid lissukun  Pada muka surat 70 dan 71 Kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani ada diceritakan kaedah kaedah atau wajah bacaan mad 'arid lissukun telah saya permudahkan dengan jadual dibawah untuk mudah difahami insha Allah. Mad 'Arid lissukun, ialah mad yang terjadi apabila kita menghentikan bacaan(waqaf) pada huruf akhirnya yang berbaris dimana sebelumnya terdapat huruf mad.  Kenapa saya tulis dibawah 6, 4, 2 tidak 2, 4, 6. Mad 'Arid selalu saya sebut bukan 2 ' sampai' 6. Tetapi dia ' atau' . Dia 6 atau 4 atau 2 harakat. Disebut dari harakat yang tinggi dahulu 6, 4, 2 secara tadalli(menurun) kerana martabat mad 'Arid Lissukun lebih tinggi dari Mad Jaiz Munfasil. Jika didalam ayat ada mad Jaiz kita tidak boleh membaca Mad 'Arid Lissukun Qasr 2 harakat. Berbeza dgn mad lin dimana mad lin harakat yang lebih aula ialah qasr 2 harakat, jadi harakat mad lin disebut secara taraqqi (diej