Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Waqof Lin

Waqaf Lin, Huruf lin dan Mad lin

Imej
Harfun Lin atau Huruf Lin terjadi dalam keadaan Wasol, bila huruf ya dan wau bertanda sukun, huruf sebelumnya berbaris diatas . Ia disebut dengan lunak. Jika kita mematikan mendatang huruf yang berbaris selepas huruf lin itu ia akan menjadi Mad Lin yang hukumnya jaiz boleh dibaca 2 atau 4 atau 6 tetapi afdol ialah 2 harakat .  Contoh Mad Lin pada surah Quraish ayat 1 Bagaimanapun pada huruf muqotho'ah diawal surah. Dimana ada huruf 'Ain yang dieja dengan {ع ي نْ}. Huruf akhir nun disukunkan bermakna ia adalah Mad Lin bila dibaca.Tetapi secara amnya dia tidak dinamakan Mad lin Harfi tetapi Mad Lazim Harfi. Ia boleh dibaca dengan 2 wajah mengikut Toriq As Syatibi. Dibaca dengan 6 harakat lebih didahulukan daripada 4 harakat. Ini boleh dirujuk pada muka surat 80 buku Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani oleh Tuan Haji Abdul Qader Leong pada point no1. ** Perlu diingat ejaan ع, ain ya nun {ع ي نْ} . Nun disukunkan  نْ terjadinya hukum antara nun sukun نْ kepunyaan ain ع itu dengan huruf...