Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mad badal fil ibtida'

Mad badal hakiki, mad syabih bil badal, mad badal fil ibtida' (mad badal ketika ibtida) mad badal fil waqfi(mad badal ketika waqaf)

Imej
Mad Badal Hakiki Imam Sulaiman al Jamzuri mengatakan dalam bait syairnya yang terkenal أَوْ قُـدِّمَ الْهَمْـزُ عَـلَـى المَـدِّ وَذَا * بَـدَلْ كَـآمَـنُوا وَإِيَـماناً خُــذَا "Jika Hamzah ada sebelum mad, maka ini adalah mad badal contohnya آمَـنُوا dan إِيَـماناً" Mad badal selalu terkeliru dengan mad asli kerana menggunakan alif, wau dan ya kosong. Kesalahan ini biasa terjadi walaupun pada guru al Quran yang mahir. Kenapa kena kenal mad badal, kerana jika ingin belajar bacaan lain seperti riwayat Warsh an Nafi'. Imam Warsh ini membaca mad badal dengan 6 harakat. Menurut kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani yang disusun oleh Tuan Haji Abdul Qader Leong ms69, Mad Badal ialah huruf mad ditukar daripda huruf hamzah. Asalnya terhimpun dua huruf hamzah dalam satu kalimah, Hamzah pertama berbaris sedangkan Hamzah kedua sukun Lalu ditukar hamzah sukun kepada huruf mad mengikut baris hamzah pertama Kadar bacaannya 2 harakat Menurut guru saya ini ialah Mad Badal Hakiki , mad ba