Mad badal hakiki, mad syabih bil badal, mad badal fil ibtida' (mad badal ketika ibtida) mad badal fil waqfi(mad badal ketika waqaf)

Mad Badal Hakiki
Imam Sulaiman al Jamzuri mengatakan dalam bait syairnya yang terkenal

أَوْ قُـدِّمَ الْهَمْـزُ عَـلَـى المَـدِّ وَذَا * بَـدَلْ كَـآمَـنُوا وَإِيَـماناً خُــذَا

"Jika Hamzah ada sebelum mad, maka ini adalah mad badal contohnya آمَـنُوا dan إِيَـماناً"

Mad badal selalu terkeliru dengan mad asli kerana menggunakan alif, wau dan ya kosong. Kesalahan ini biasa terjadi walaupun pada guru al Quran yang mahir. Kenapa kena kenal mad badal, kerana jika ingin belajar bacaan lain seperti riwayat Warsh an Nafi'. Imam Warsh ini membaca mad badal dengan 6 harakat.

Menurut kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani yang disusun oleh Tuan Haji Abdul Qader Leong ms69, Mad Badal ialah huruf mad ditukar daripda huruf hamzah. Asalnya terhimpun dua huruf hamzah dalam satu kalimah,

  • Hamzah pertama berbaris sedangkan Hamzah kedua sukun
  • Lalu ditukar hamzah sukun kepada huruf mad mengikut baris hamzah pertama
  • Kadar bacaannya 2 harakat
Menurut guru saya ini ialah Mad Badal Hakiki, mad badal jenis ini terjadi diawal kalimah tetapi perlu diperhatikan jika ada huruf penyambung didepannya seperti fa,la,li ataupun Alif lam(Al), ia tetap mad badal hakiki.

Contoh : 
Surah Quraish ayat 1

Surah Duha ayat 4



2) Mad Syabih Bil Badal

Kita biasa lihat atau dengar terdapat satu lagi mad badal iaitu Mad Syabih Bil Badal
Mad yang menyerupai mad badal. Mad jenis ini terjadi bukan di awal kalimah hukumnya tetap sama 2 harakat. Mad syabih bil badal, hamzah itu hamzah asal kalimah bukan sebab pertukaran huruf seperti mad badal hakiki.

Pembetulan 11/12/21:
Mad Syabih Bil Badal pada Riwayat Warsy Toriq as Syatibi juga sama seperti mad badal hakiki boleh dibaca 2 atau 4 atau 6. Hanya riwayat Warsy membaca mad badal dengan panjang 4harakat @tawassut atau 6harakat@isyba'. yang lain hanya 2harakat.

Contoh:

Surah Qiyamah ayat 17
Surah Al Ahzab ayat 10



3) Mad Badal fil Ibtida' - Mada badal ketika ibtida'(memulakan bacaan)

Saya telah mengulas panjang hal ini, sila klik link dibawah. Silalah mendalaminya.
https://notatajwid.blogspot.com/2020/12/memulakan-bacaan-ketika-hamzah-wasal.html

Contoh yang ada didalam kitab kita tetapi bukan dalam tajuk mad badal:
Rujuk Kitab Tajwid AlQuran Rasm Uthmani M/s 94 point no2. Surah At Taubah ayat 49

Rujuk Kitab Tajwid AlQuran Rasm Uthmani M/s 95 point no4. AlBaqarah ayat 283




4) Mad Badal fil Waqfi - Mad badal ketika waqaf

Kita melihatnya sebagai mad 'iwad, tetapi guru kami melihatnya "mad badal fil waqfi" apabila hamzah fathahtain dibaca fathah ketika waqaf. Mad badal ini terkait dengan kaedah membuang huruf al hazaf didalam penulisan resam. Didalam kitab kita m/s 97 hanyalah pengenalan secara ringkas sahaja tiada contoh.
Rajah dari: Kitab Panduan Rasm Uthmani terbitan KDN


Mana dapat badal ketika ibtida dan ketika waqaf ini? dapat dari guru dari guru dari guru..guru yang awal itu kemungkinan besar belajar qiroat kerana seorang yang terkenal. Di dalam usul warys ada pengecualian hukum badal bagi harakat tawassut dan isyba'. disinilah kita akan jumpa 2 mad badal ini.


Video disini minit ke 23




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sifat Huruf Isti'la

Alif Ziyadah, Wau Ziyadah Dan Ya Ziyadah- Sifrul Mustadir

Apa beza alif dengan hamzah?