Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Makhraj Huruf

Al Lisan atau Lidah - keluarnya 18 huruf

Imej
Mana saya dapat gambar lidah ni? Saya dapat dari Almarhum Tn Hj Ahmad Mustafa bin Hj Mohd Sidin al Muqri rahimahullah. Beliau adalah mantan imam besar Masjid Selangor, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Beliau meninggal dunia tahun 2014 pada usia 39 tahun.  https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/705   Beliau juga adalah guru taranum kepada guru saya. Beliau menerangkan makhraj lisan dalam bentuk lidah di video smart tajwid: Sila ke minit 41.  https://www.youtube.com/watch?v=H7BLSe2iNyE&t=2496s Berikut adalah video penuh. Berikut adalah Gambar lidah mengikut lingkungan makhraj didalam buku "Tajwid Al Quran Rasm Uthmani" -Tuan Haji Abdul Qader Leong. Saya menambah cara bagaimana mendapatkan huruf ikhfa' dari gambar lidah ini dan juga huruf Syamsiah.  Sila klik sini untuk kualiti print. Dibawah ini pula Gambar lidah mengikut lingkungan makhraj huruf Ibnu Al Jazariy: Sila klik sini untuk kualiti print.

Makhraj 'Ain ع dan Ha pedas ح ditengah kerongkong

Imej
Jika kita meneliti kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani yang disusun oleh Tn Haji Abdul Qader Leong didalam bab makhraj muka surat 11 dibawah sekali,  Makhraj ketiga: Tengah kerongkong keluar daripadanya huruf 'Ain(ع) dan Ha'(ح).  P/s: Orang Malaysia ,memanggilnya ha pedas kerana ketika sukun ia berbunyi seperti kepedasan. Disini satu persoalan timbul kerana apa yang menjadi sekatan udara padanya sehingga mengeluarkan bunyi Ain(ع) dan Ha'(ح). Kita ketahui hanya 3 huruf mad makhrajnya rongga(jauf). 3 huruf ini tidak dapat ditentukan dengan pasti - muqoddar. Ini dinamakan huruf vokal. Alif(ا), wau(و), dan ya(ي), dimana makhraj ketiga huruf ini ialah sepanjang saluran rongga kerongkong dan mulut dimana udara melaluinya. Manakala Huruf Ain(ع) dan Ha'(ح) pasti ada sekatan udara. Yang kita ketahui ialah Makhraj ialah tempat menahan atau menyekat udara ketika bunyi huruf dilafazkan. Konsep bunyi terhasil adalah kerana terdapatnya pergeseran udara antara 2 medium. Contohnya bila...

Makhraj Sod, Zai dan Sin pendapat kedua: hujung lidah diangkat ke langit-langit keras menghampiri gusi

Imej
Makhraj Sod Zai Sin ص ز س yang masyhur seperti didalam kitab Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani ialah hujung lidah ditekan pada belakang gigi gunting bawah. Kita dapati susah bagi orang yang baru belajar utk lidahnya menekan pada gigi bawah. Tetapi belajar mengaji al-Qur'an ini memang perlu latihan yang berterusan. Jadi bagi sesiapa yang telah melatih namun masih terasa lidah terangkat maka boleh lah cuba pendapat kedua yang akan diceritakan dibawah. Kalau kita belajar tajwid kita memang dapati bab makhraj dan sifat terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama'. Pendapat kedua makhraj Sod, Zai dan Sin ص ز س Guru saya yang bersanad sahih yang juga bersambung dgn arwah Tan Sri Hj Hassan Azhari rahimahullah melalui gurunya Ustaz Rusli Md Zain al farqawi, menggunakan makhraj yg serupa seperti Ustaz Muhammad Taha Hassan Azhari terangkan didalam rancangan muqaddam episod 11- video ada dikepilkan dibawah. Apabila ditanya definisinya yg betul, guru saya menjawab: "hujung lidah diangkat...

Syair Huruf Hijaiyah dan lingkungan makhraj dari kitab Al Murshid fi ilm At Tajwid

Imej
 Syair ini sesuai dengan bab makhraj huruf didalam kitab Tajwid AlQuran Rasm Uthmani - Tuan Haji Abdul Qader Leong, kerana gelaran makhrajnya yang sama. Cuma disini kita dapati susunan huruf halqum, Kho dan Ghoin terbalik dari yg mashur dan Huruf Dhod ditengah lidah adalah pendapat yg lemah. Namun begitu ia tetap bagus untuk dihafaz utk memudahkan ingatan kumpulan2 huruf.