Makhraj Sod, Zai dan Sin pendapat kedua: hujung lidah diangkat ke langit-langit keras menghampiri gusi
Makhraj Sod Zai Sin ص ز س yang masyhur seperti didalam kitab Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani ialah hujung lidah ditekan pada belakang gigi gunting bawah.
Kita dapati susah bagi orang yang baru belajar utk lidahnya menekan pada gigi bawah. Tetapi belajar mengaji al-Qur'an ini memang perlu latihan yang berterusan. Jadi bagi sesiapa yang telah melatih namun masih terasa lidah terangkat maka boleh lah cuba pendapat kedua yang akan diceritakan dibawah.Kalau kita belajar tajwid kita memang dapati bab makhraj dan sifat terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama'.
Pendapat kedua makhraj Sod, Zai dan Sin ص ز س
Guru saya yang bersanad sahih yang juga bersambung dgn arwah Tan Sri Hj Hassan Azhari rahimahullah melalui gurunya Ustaz Rusli Md Zain al farqawi, menggunakan makhraj yg serupa seperti Ustaz Muhammad Taha Hassan Azhari terangkan didalam rancangan muqaddam episod 11- video ada dikepilkan dibawah. Apabila ditanya definisinya yg betul, guru saya menjawab:
"hujung lidah diangkat ke langit2 keras menghampiri gusi".
Dan apabila ditanya dari kitab mana, dia mengatakan dari kitab Qori dan Qoriah oleh Nik Ja'afar salah seorang ulama tajwid kita. Dia kata bukan pendapat Dato' Nik Jaafar sendiri tetapi mesti dinaqol dari kitab lainJika kita mengamalkan pendapat yang kedua ini huruf Sin akan terasa tebal sedikit tetapi cuba senyumkan mulut untuk menipiskannya(pangkal lidah direndahkan). Manakala huruf Sod akan terasa mudah. (pangkal lidah ditinggikan)
Huruf Zai sesuai dgn sifatnya Sofir yang kuat bila kita menggunakan makhraj ini. Huruf Zai ز lebih kuat dari huruf DZal ذ kerana Zai ز mempunyai Sofir manakala Dzal ذ tidak. Tetapi perlu diingat bunyi ikhfa' hakiki mungkin akan berlainan sedikit. Contohnya mcm Zai ز, dengungnya nipis kalau kita guna makhraj yg pertama, manakala pendapat yang kedua dengungnya menjadi pertengahan. Tetapi sy dapat dari guru saya dengung ikhfa' bagi huruf Zai pertengahan bunyinya sesuai dgn sifat dan makhraj.
Allahu A'lam
Berikut ialah potongan video Ustaz Muhammad Toha yg diambil dari sini https://myklik.rtm.gov.my/program/2-7536-679813
Berikut ialah potongan video Ustaz Muhammad Toha yg diambil dari sini https://myklik.rtm.gov.my/program/2-7536-679813
Profile Ustaz Muhammad Toha
http://kembaraumrah2u.blogspot.com/2015/10/profail-ustaz-thoha-hassan.html
http://kembaraumrah2u.blogspot.com/2015/10/profail-ustaz-thoha-hassan.html
Ulasan
Catat Ulasan