Pembetulan Harakat Mad Ta'zhim dalam Kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani oleh Tn Hj Abdul Qader Leong
Pada masa video 1:13 Almarhum Ustaz Hj Ahmad Mustafa menjelaskan bahawa Ustaz Abdul Qader Leong telah menghadiahkan buku yang baru bewarna pink, telah dibetulkan 6 harakat kepada 4 harakat pada muka surat 79 bab Mad Ta'zim. Dan Almarhum Ustaz juga menjelaskan bila membaca dengan Toriq al Kaamil Riwayat Hafs an Asim dimana dibaca Qasr Munfasil (mad munfasil dibaca 2 harakat )boleh dibaca Mad Ta'zhimnya dengan 4 harakat. Beliau mengatakan Mad Ta'zhim hanya berlaku dalam Toriq al Kaamil. Allahu a'lam. Rujuk videonya disini masa 1:11. https://youtu.be/VbLmLikCVYE?list=PLqKakHJqnrtlVf2UY7LfwY655eG7RupwV&t=4284 Mungkin ada Asatizah yang akan mengatakan dalam riwayat Haf an Asim tiada Mad Ta'zhim. Ianya kurang tepat. As Syatibi tidak membacanyanya tetapi Toriq yang lain ada. https://notatajwid.blogspot.com/2020/11/mad-munfasil-yang-dibaca-2harakat-qasr.html Edisi 2017 Pembetulan didalam cetakan edisi 2021 Kitab Tajwid Al-Quran Rasm 'Uthmani