Alif Ziyadah, Wau Ziyadah Dan Ya Ziyadah- Sifrul Mustadir
Didalam kitab Tajwid AlQuran Rasm Uthmani - Tn Haji Abdul Qader Leong, Muka surat 100, tanda bulat kecil. Hanya terletak pada huruf 'illah lemah alif, wau dan ya. Ia menunjuk sebagai huruf tambahan, tidak dibaca sebagai huruf mad ketika menyambung atau berhenti bacaan.
Tanda bulat ini yang diletak atas huruf alif,wau dan ya tambahan juga dikenali sebagai As Sifrul Mustadir الصفر المستدير atau boleh disebut sifir mustadir seperti disebut oleh Ustaz Hazri Hashim didalam kitabnya Syarah Matan Tuhfatul Atfal: Panduan Tajwid berkesan.
Maksud sifr ialah sifar, manakala mustadir ialah bulatan.
Saya pernah mendengar Almarhum Hj Ahmad Mustafa menyebutnya Alif Sifar jika pada huruf alif, kita senang memanggilnya alif ziyadah atau zaidah . Ziyadah ialah tambahan. Alif sifar, sifir mustadir atau alif ziyadah - kesemuanya betul, tetapi didalam bab ziyadah ada satu lagi tanda bulat yang dikenali sebagai As Sifrul Mustathil Qo'im. Yang ini hanya terjadi pada huruf alif.
Update: Sy juga mendengar Ustaz Muhammad Laili al Fadhli menyebutnya Alif Sifar
Tetapi kita hanya akan menyebut berkenaan Sifir Mustadir pada kesempatan kali ini.
Walaupun kita lihat ia tidak berfungsi langsung dari segi bacaan tetapi sebenarnya pada zaman dahulu dimana resam tidak mempunyai titik dan baris untuk membezakan huruf maka huruf ziyadah ini memainkan peranan. Ini dinamakan kaedah ziyadah(penambahan) didalam penulisan resam..
Contohnya menambah huruf ziyadah dapat membezakan antara dua kalimah/perkataan yang kelihatan sama bila masa dulu ketiadaan tanda titik, baris atau hamzah(kepala ain) seperti contoh dibawah.
Rajah update pada 17 Feb 2022 |
Cuba bayangkan jika tiada wau ziyadah pada ayat ini bila tiada titik, baris dan hamzah. Surah An Nisa' ayat 83
Ada juga huruf ziyadah diletakkan untuk menunjukkan baris kerana dulu dulu hamzah Qoto' tidak berbaris depan atas atau bawah. Hamzah hanya berbentuk alif dan tidak ada kepala ain. Seperti contoh Surah al An'am ayat 34
Rujukan:
Manhaj Rasm Uthmani oleh Prof madya Dr Abd Rahman abd Ghani.
Panduan Rasm Uthmani terbitan Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan Al Quran KDN
Alhamdulillah terima kasih saya sudah faham akan fungsi nya Alif ziyadah wau da ya ziayadah. ...terima kasih atas perkongsian dan info yang diberikan...
BalasPadamsama sama
BalasPadamAlhamdulillah 👍 terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat
BalasPadamAmonssculOlihi Dereck Goon Microsoft Visio Professional
BalasPadamSolidWorks
CCleaner pro
orestworun
boeplacmauyo_Sterling Heights Jordan Shamoon program
BalasPadamclick
nalematme
Alhamdulillah. Dah lama saya cari sebab adanya sifir mustadir tapi tanpa disebut ie redundant. Terima kasih tuan diatas penjelasan diatas.
BalasPadam