Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel naqal

Kenapa dipanggil syabih bin naqol lebih tepat daripada naqol?

Imej
Didalam surah al hujurat ayat 11 terdapat satu bacaan khusus riwayat hafs an asim yang dipanggil sebagai syabih bin naqol (Menyerupai naqol). dibaca bunyinya  bi' sa lismul fusuqu - lam baris bawah. Bukan dibaca bi' sal - ismu Kenapa dipanggil syabih bin naqol lebih tepat? kerana ia tidak menepati syarat naqol. Syarat naqol ialah yang dipindah baris ialah baris hamzah qoto' pada awal kalimah kedua kepada---> kalimah sebelumnya dimana huruf terakhir ialah huruf sukun yang bukan dari mad. Didalam ayat diatas yang dipindah baris pada huruf lam mati =  ialah baris bawah@kasroh pada hamzah wasol, iaitu kalimah ismu. Bukan dari hamzah qoto'. Jadi tidak tepat bacaan ini dipanggil naqol tetapi lebih tepat dipanggil syabih bin naqol. Allahu a'lam