Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Waqaf

Waqaf ayat 4 surah Ma'un

Imej
Soalan Al Ma'un ayat 4 فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ - ada guru yang mengatakan majoriti ulama cakap boleh berhenti pada akhir ayat 4 surah al Ma'un. Manakala ada guru yang mengatakan waqaf qobih mengikut pendapat ulama. Jawapan waqaf di utamakan : ini adalah muktamad pendapat Qurra’ begitu juga ad-Dani , al-Jazary dan al-Asymuny  Begitulah juga pendapat Ustaz Muhammad Laili al Fadhli mengatakan majoriti ulama membolehkan waqaf pada ayat 4 surah al Maun. Beliau mengatakan " mutlak waqf sunnah " bererti menghentikan bacaan pada akhir ayat adalah waqaf sunnah secara mutlak(hassan) Kita dapati Ibnul Jazari didalam Muqoddimah nya didalam bab waqaf dan ibtida' إِلاَّ رُؤُس الآىِ جَوِّزْ فَالحَسَنْ Pada pendapat saya jika pembaca al Quran memberhentikan bacaan dengan niat qoto' (القطع)bukan waqof maka qobihla dia. Qoto' ialah memutuskan bacaan kerana tujuan berhenti (selesai). Soalan Al Ma'un ayat 4 فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ - ada guru yang mengatakan majoriti...

Waqaf Lin, Huruf lin dan Mad lin

Imej
Harfun Lin atau Huruf Lin terjadi dalam keadaan Wasol, bila huruf ya dan wau bertanda sukun, huruf sebelumnya berbaris diatas . Ia disebut dengan lunak. Jika kita mematikan mendatang huruf yang berbaris selepas huruf lin itu ia akan menjadi Mad Lin yang hukumnya jaiz boleh dibaca 2 atau 4 atau 6 tetapi afdol ialah 2 harakat .  Contoh Mad Lin pada surah Quraish ayat 1 Bagaimanapun pada huruf muqotho'ah diawal surah. Dimana ada huruf 'Ain yang dieja dengan {ع ي نْ}. Huruf akhir nun disukunkan bermakna ia adalah Mad Lin bila dibaca.Tetapi secara amnya dia tidak dinamakan Mad lin Harfi tetapi Mad Lazim Harfi. Ia boleh dibaca dengan 2 wajah mengikut Toriq As Syatibi. Dibaca dengan 6 harakat lebih didahulukan daripada 4 harakat. Ini boleh dirujuk pada muka surat 80 buku Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani oleh Tuan Haji Abdul Qader Leong pada point no1. ** Perlu diingat ejaan ع, ain ya nun {ع ي نْ} . Nun disukunkan  نْ terjadinya hukum antara nun sukun نْ kepunyaan ain ع itu dengan huruf...