Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Iltiqo' us Sakinain

Iltiqo' us Sakinain -pertemuan 2 huruf sukun yang ada di kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani - Abdul Qader Leong

Imej
Pertemuan 2 huruf sukun (التقاء الساكنين) Iltiqo'us sakinain boleh didapati di beberapa tempat didalam kitab. Ada perkara yang penting untuk kita ketahui mengenai pertemuan dua huruf sukun ini.  Manakala pada bab Al Mutmathilain, Al Mutajanisain dan Al Mutaqaribain, bila diterangkan mengenai Soghir, Kabir dan Mutlak di muka surat 53, setiap pertemuan huruf  yang perlu kita ketahui termasuklah pertemuan huruf sukun bertemu sukun, iaitu iltiqo' us sakinain. iltiqo' = Pertemuan As Sakinain = 2 huruf sukun Pertemuan ini terjadi dalam satu kalimah dan dan pada 2 kalimah(huruf terakhir kalimah pertama berjumpa huruf awal kalimah kedua, hamzah wasol tidak dikira(dihazaf) bila keadaan wasol.  Jenis Pertemuan dua huruf Soghir huruf mati bertemu huruf berbaris Kabir huruf berbaris bertemu huruf berbaris Mutlak huruf berbaris bertemu huruf mati Iltiqo’ As Sakinain huruf mati bertemu huruf mati Pertemuan 2 huruf sukun pada 2 kalimah Iltiqo' us Sakinain atau pertemuan dua huruf ini ...

Kasroh 'Aridoh menjadikan ro sukun dibaca tebal

Imej
Setiap Ro sukun sebelumnya hamzah wasol dibaca dengan tafkhim(tebal) ro. Didalam kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani ms59, bab bahagian hukum bacaan huruf Ra, At Tafkhim no4. Ketika ra' bertanda sukun sebelumnya terdapat huruf baris bawah yang mendatang . Baris Bawah Mendatang inilah ialah Kasroh 'Aridoh Terjadi Kasroh 'Aridoh tersebut dengan 2 sebab 1) Ibitida hamzah wasol dgn baris bawah 2) Perjumpaan 2 huruf yang sukun.(Iltiqo' us Sakinain) Nota kaki 33 ada diterangkan mengenai kedua-nya.  Contoh Perjumpaan huruf yang sukun itu ialah seperti 3 contoh dari sebelah kanan . Baris bawah pada nun dan mim sebelum hamzah wasol itu diberikan baris bawah supaya dapat menyambung bacaan. Sepatutnya dia sukun, (liman, Am, In) berjumpa pula dengan ro sukun. (bukan berjumpa dgn hamzah wasol - hamzah wasol bukan huruf sukun kerana ia hazaf bila keadaan wasol) Jadi tidak boleh dibaca apabila 2 sukun berjumpa, maka dibariskan huruf terakhir dari kalimah yg awal untuk menyambung bacaan...

Senarai Nun Wiqoyah - Nun Wasol - Nun Iwad

Imej
Wiqoyah mengikut guru saya ialah mengawal. Nun wiqoyah juga dikenali dengan nama Nun Iwad ataupun Nun wasal. Iwad=ganti, Wasol = sambung. Nun Wiqoyah ini terjadi bila terdapat pertemuan dua huruf yang mati(sukun) = Iltiqo' us Sakinain. Didalam kitab Tajwid AlQuran Rasm Uthmani ia terdapat di muka surat 102 bawah tajuk tanwin 1)Tanwin Pertama sekali kita mesti tahu apa itu tanwin. Tanwin itu sendiri sebenarnya adalah nun sukun zaidah(tambahan) dari segi bacaan. Bacaan tanwin pula hanya wujud semasa ia wasol.       فتحتين Fathatain  كسرتين Kasrotain  ضمتين Dhommatain 2)Huruf bersabdu ialah huruf mati Keduanya kita mesti tahu huruf bersabdu ialah 2 huruf, satu huruf mati satu huruf berbaris. Jadi sabdu juga termasuk dalam huruf sukun dalam bab ini. (perhatian ada sabdu bukan dr dua huruf yg sama tetapi terjadi sbb idgham - sila baca disini )Memang ada pertemuan dengan huruf yang bersabdu seperti pertemu...