Kasroh 'Aridoh menjadikan ro sukun dibaca tebal

Setiap Ro sukun sebelumnya hamzah wasol dibaca dengan tafkhim(tebal) ro.

Didalam kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani ms59, bab bahagian hukum bacaan huruf Ra, At Tafkhim no4. Ketika ra' bertanda sukun sebelumnya terdapat huruf baris bawah yang mendatang.

Baris Bawah Mendatang inilah ialah Kasroh 'Aridoh

Terjadi Kasroh 'Aridoh tersebut dengan 2 sebab
1) Ibitida hamzah wasol dgn baris bawah
2) Perjumpaan 2 huruf yang sukun.(Iltiqo' us Sakinain)

Nota kaki 33 ada diterangkan mengenai kedua-nya. 
Contoh Perjumpaan huruf yang sukun itu ialah seperti 3 contoh dari sebelah kanan.
Baris bawah pada nun dan mim sebelum hamzah wasol itu diberikan baris bawah supaya dapat menyambung bacaan. Sepatutnya dia sukun, (liman, Am, In) berjumpa pula dengan ro sukun. (bukan berjumpa dgn hamzah wasol - hamzah wasol bukan huruf sukun kerana ia hazaf bila keadaan wasol) Jadi tidak boleh dibaca apabila 2 sukun berjumpa, maka dibariskan huruf terakhir dari kalimah yg awal untuk menyambung bacaan.

Manakala contoh Ibtida' adalah 2 dari sebelah kiri

Dipendekkan cerita maka formulanya yang mudah ialah:

Setiap Ro sukun sebelumnya hamzah wasol dibaca dengan tafkhim(tebal) ro.

Rujukan lain: https://notatajwid.blogspot.com/2020/10/hukum-ro-tebal-dan-nipis-riwayat-hafs.html

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sifat Huruf Isti'la

Alif Ziyadah, Wau Ziyadah Dan Ya Ziyadah- Sifrul Mustadir

Tingkatan / Martabat dengung