Bagaimana sebutan dhod diikuti dengan mad?
Didalam surah fatihah ayat ke tujuh kita perlu menyebut dhod fathah dengan mad selama 6 harakat. Untuk meneliti cara yang betul kita perlu ketahui dua makhraj iaitu dhod dan alif mad. Dhod (ض) ada 3 pendapat makhrajnya. 1) Sepanjang tepi lidah ditekan pada dinding gusi geraham atas sebelah kiri atau kanan 2) Sepanjang tepi tepi lidah pada Gigi geraham atas sebelah kiri atau kanan 3) Hujung lidah pada langit2 tengah - pendapat yang lemah Manakala makhraj Alif mad ialah Rongga atau Jauf. Jadi..mana yang betul? 1) Menyentuh sepanjang tepi lidah pada makhraj dhod (ض) kemudian melepaskan lidah ditengah kerana mad alif, makhrajnya jauf..(kadang-kadang jadi tak sengaja lidah terlepas ke tengah kerana madnya yang panjang). 2) Atau menyentuh sepanjang tepi lidah pada makhraj dhod (ض) dan mengekalkan kedudukan lidah sampai habis harakat mad? Jawapannya ialah cara yang kedua adalah lebih tepat. Kenapa? Kerana Dhod bersifat itbaq, iaitu semasa menyebut melengkung lidah kelangit2....