Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel isti'la

Sifat Huruf Isti'la

Imej
 Topik yang menajdi perbincangan pada kali ini ialah sifat huruf Isti'la إستعلاء . Ini ialah sifat yang berlawanan. Bermakna setiap huruf pasti mempunyai salah satu sifat ini, kalau dia tidak isti'la, maka dia ialah istifal iaitu sifat lawan bagi huruf isti'la .(perhatian: kalau huruf itu istifal dia pasti infitah) Ibnul Jazari dalam bait syair matan muqoddimahnya dalam bab sifat huruf mengatakan; وَسَبْعُ عُلْوٍ خُصَّ ضَغْـطٍ قِـظْ حَصَـرْ Yang perlu kita hafal ialah خُصَّ ضَغْـطٍ قِـظْ  setiap huruf dari rangkai kata ini (  خ ص ض غ ط ق ظ ) adalah huruf isti'la, selain dari 7 huruf ini adalah huruf istifal. Kita memang tak perlu menghafal huruf istifal. Contohnya huruf lam ada tak dalam kalimah( خُصَّ ضَغْـطٍ قِـظْ ) ? lam tiada, maka dia istifal.  Perlu dihafal kesemuannya untuk menguasai sifat huruf Huruf isti'la ialah huruf yang terangkat pangkal lidah ke langit langit apabila kita menyebutnya.Tetapi perlu diambil perhatian kita tidak menyebut huruf isti'l