Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel nun wiqoyah

Senarai Nun Wiqoyah - Nun Wasol - Nun Iwad

Imej
Wiqoyah mengikut guru saya ialah mengawal. Nun wiqoyah juga dikenali dengan nama Nun Iwad ataupun Nun wasal. Iwad=ganti, Wasol = sambung. Nun Wiqoyah ini terjadi bila terdapat pertemuan dua huruf yang mati(sukun) = Iltiqo' us Sakinain. Didalam kitab Tajwid AlQuran Rasm Uthmani ia terdapat di muka surat 102 bawah tajuk tanwin 1)Tanwin Pertama sekali kita mesti tahu apa itu tanwin. Tanwin itu sendiri sebenarnya adalah nun sukun zaidah(tambahan) dari segi bacaan. Bacaan tanwin pula hanya wujud semasa ia wasol.       فتحتين Fathatain  كسرتين Kasrotain  ضمتين Dhommatain 2)Huruf bersabdu ialah huruf mati Keduanya kita mesti tahu huruf bersabdu ialah 2 huruf, satu huruf mati satu huruf berbaris. Jadi sabdu juga termasuk dalam huruf sukun dalam bab ini. (perhatian ada sabdu bukan dr dua huruf yg sama tetapi terjadi sbb idgham - sila baca disini )Memang ada pertemuan dengan huruf yang bersabdu seperti pertemuan tanwin izhar deng