Senarai Nun Wiqoyah - Nun Wasol - Nun Iwad

Wiqoyah mengikut guru saya ialah mengawal. Nun wiqoyah juga dikenali dengan nama Nun Iwad ataupun Nun wasal. Iwad=ganti, Wasol = sambung. Nun Wiqoyah ini terjadi bila terdapat pertemuan dua huruf yang mati(sukun) = Iltiqo' us Sakinain. Didalam kitab Tajwid AlQuran Rasm Uthmani ia terdapat di muka surat 102 bawah tajuk tanwin

1)Tanwin
Pertama sekali kita mesti tahu apa itu tanwin. Tanwin itu sendiri sebenarnya adalah nun sukun zaidah(tambahan) dari segi bacaan. Bacaan tanwin pula hanya wujud semasa ia wasol.

 

 

 

فتحتين
Fathatain

 كسرتين
Kasrotain

 ضمتين
Dhommatain


2)Huruf bersabdu ialah huruf mati
Keduanya kita mesti tahu huruf bersabdu ialah 2 huruf, satu huruf mati satu huruf berbaris. Jadi sabdu juga termasuk dalam huruf sukun dalam bab ini. (perhatian ada sabdu bukan dr dua huruf yg sama tetapi terjadi sbb idgham - sila baca disini)Memang ada pertemuan dengan huruf yang bersabdu seperti pertemuan tanwin izhar dengan lafdzu jalalah pada surah ikhlas ketika wasol ayat 1 dan ayat 2.

3) Tanwin yang selari @ Tanwin Izhar
Kemudian Tanwin yang perlu diperhatikan ialah tanwin selari atau sebaris atas bawahnya atau baris dua depannya seperti 69(seperti dalam screen dibawah). Bila tanwin jenis ini bertemu dengan hamzah wasol kemudian huruf sukun atau bersabdu.Bermakna bunyi nun sukun itu terhenti kerana berjumpa huruf yang sukun.  Kita perlu tahu kaedah yang betul untuk menyambung bacaan 2 huruf sukun.

Pendapat Pertama: Ditambah nun.



Pendapat Kedua: Memang nun itu kepunyaan tanwin

Pada hakikatnya Tanwin adalah bunyi nun mati, nun mati itu perlu diberi baris supaya boleh disambung bacaan. Dengan ini caranya ialah menjadikan huruf yang berbaris tanwin itu menjadi satu baris sahaja dan nun pun diwujudkan dengan berbaris bawah.

Gambaran lain yang mungkin boleh memudahkan pemahaman

Perhatikan tanwin selari berjumpa dengan lam sukun. Ini adalah tulisan asal.
Bacaan terhenti. Khoiron…Al wasiyyah. Lihat dibawah.

Tanwin ialah bunyi nun sukun yang ada pada bacaan tidak pada tulisan. Jika diwujudkan tulisan berbentuk begini.
Perhatian: Tapi ia tidak wujud pada tulisan ini hanyalah contoh

Nun sukun yang ghaib itu perlu dihidupkan barisnya dgn baris bawah supaya dapat menyambung bacaan


Bagi yang mengikuti pendapat kedua nama, nama kaedah nun wiqoyah atau nun iwad tidak sesuai. Yang lebih tepat disini ialah Iltiqo us Sakinaim

Pendapat kedua ini disokong oleh Ustaz Muhammad Lail al Fadhli


Sila pergi ke minit 18.



Berikut ialah resam imla'i bagi ayat diatas


Dibawah ialah senarai lengkap Nun Wiqoyah - Nun Wasol - Nun iwad yang terdapat pada surah surah didalam al Quran berserta dengan muka surat al Quran.




P/s: Tanwin Izhar adalah istilah saya sendiri kerana tanwin ini diguna pada hukum bacaan izhar.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sifat Huruf Isti'la

Alif Ziyadah, Wau Ziyadah Dan Ya Ziyadah- Sifrul Mustadir

Apa beza alif dengan hamzah?