Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mad munfasil

Kadar Mad Jaiz Munfasil para Imam Qiraat Sab'ah

Imej
  Pada muka surat 65 pada tajuk Mad Munfasil, Kitab Tajwid Rasm Uthmani yang disusun oleh Tn Haji Abdul Qadir Leong disebut bahawa: Dinamakan juga Mad Jaiz( Mad Harus) kerana para ulama Qurra' berselisih pendapat mengenai panjang madnya, diantaranya ada yang membaca dengan kadar mad dua harakat, ada yang membaca dengan empat atau lima harakat dan ada yang membaca dengan enam harakat.  Jadi soalannya siapakah imam imam tersebut yang membaca dengan kadar kadar tertentu itu? Berikut adalah Kadar Mad Jaiz Munfasil dan Mad Wajib Muttasil yang dibahaskan oleh Ustaz Muhammad Ihsan bila beliau mensyarahkan bait mandzumah As Syatibiyyah Imam Qiraat yang disebutkan dalam jadual dibawah ialah Ibnu Katsir, Ibnu Amir, ‘Asim dan Al Kisa’i dan Hamzah. Selain daripada itu adalah imam riwayat seperti Imam Warsh dan Qolun adalah periwayat Qira'at imam Nafi'.. Disini senarai imam imam Qiraat Tujuh Kadar Mad Jaiz Munfasil Imam  Qasr - 2 harakat As Susi da

Mad munfasil yang dibaca 2harakat qasr didalam riwayat Hafs an Asim

Imej
Ustaz  Iskandarruzaman Kandarrie  telah menjawab soalan saya dilaman facebook Persatuan Qiraat pada bulan 3 2020. Jadi bila ada guru mengatakan Toriq al Jazari baca 2 harakat Mad Jaiz, sebenarnya kurang tepat kerana Ibnul Jazari mengumpulkan kesemua Toriq termasuk yang membaca munfasil 4/5 dan juga 11 Toriq yang membaca Mad Jaiz 2 harakat. Soalan: Boleh senaraikan semua mad munfasil yg dibaca Qasr 2h dlm Riwayat Hafs 'an 'Asim? Jawapan:  Setakat yg saya tahu, Riwayat Hafs ''An 'Asim daripada Toriq anNasyr ada 52 semuanya.. Bacaan Qasr pula, hanya datang dari 11 turuq daripada 52 turuq.. Yang boleh disimpulkan kepada 2 turuq besar iaitu الفيل &زرعان Dari Toriq Al Fiil itu ada 8 kitab : ١ .  جامع ابن فارس ٢. غاية ابن مهران ٣. المستنير ٤. المصباح ٥. روضة المالكى ٦. روضة المعدل ٧. كفاية الكبرى ٨. الكامل Dr Toriq Zur'an pula ada 3 kitab ١. روضة المالكى ٢. روضة المعدل ٣. جامع ابن فارس Rujukan 1. Dr Mustafa Halloos, pensyarah Kuliah Quran Tanta 2. Kitab أحسن البيان