Kadar Mad Jaiz Munfasil para Imam Qiraat Sab'ah

 

Pada muka surat 65 pada tajuk Mad Munfasil, Kitab Tajwid Rasm Uthmani yang disusun oleh Tn Haji Abdul Qadir Leong disebut bahawa: Dinamakan juga Mad Jaiz( Mad Harus) kerana para ulama Qurra' berselisih pendapat mengenai panjang madnya, diantaranya ada yang membaca dengan kadar mad dua harakat, ada yang membaca dengan empat atau lima harakat dan ada yang membaca dengan enam harakat. 

Jadi soalannya siapakah imam imam tersebut yang membaca dengan kadar kadar tertentu itu?

Berikut adalah Kadar Mad Jaiz Munfasil dan Mad Wajib Muttasil yang dibahaskan oleh Ustaz Muhammad Ihsan bila beliau mensyarahkan bait mandzumah As Syatibiyyah

Imam Qiraat yang disebutkan dalam jadual dibawah ialah Ibnu Katsir, Ibnu Amir, ‘Asim dan Al Kisa’i dan Hamzah. Selain daripada itu adalah imam riwayat seperti Imam Warsh dan Qolun adalah periwayat Qira'at imam Nafi'.. Disini senarai imam imam Qiraat Tujuh

Kadar Mad Jaiz Munfasil

Imam 

Qasr - 2 harakat

As Susi dan Ibnu Katsir

Tawassut - 4 harakat

Ibnu Amir, ‘Asim dan Al Kisa’i

Mad - 6 harakat

Warsh dan Hamzah

Qasr dan Tawassut (2 wajah)

Ad Duri Dan Qolun



Kadar Mad Wajib Muttasil

Imam 

Mad - 6 harakat

Warsh dan Hamzah

Tawassut - 4 harakat

Selain diatas





Diatas adalah dasarnya Riwayat Hafs Qiraat A'sim Toriq AsSyatibi membaca dengan 4 harakat Mad Munfasil namun begitu daripda 52 turuq dibawah riwayat Hafs terdapat 11 Turuq yang membaca mad munfasil 2 harakat dengan aturan2 yang tertentu. Sila lihat disini https://notatajwid.blogspot.com/2020/11/mad-munfasil-yang-dibaca-2harakat-qasr.html


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sifat Huruf Isti'la

Alif Ziyadah, Wau Ziyadah Dan Ya Ziyadah- Sifrul Mustadir

Tingkatan / Martabat dengung