Kasroh 'Aridoh menjadikan ro sukun dibaca tebal
Setiap Ro sukun sebelumnya hamzah wasol dibaca dengan tafkhim(tebal) ro. Didalam kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani ms59, bab bahagian hukum bacaan huruf Ra, At Tafkhim no4. Ketika ra' bertanda sukun sebelumnya terdapat huruf baris bawah yang mendatang . Baris Bawah Mendatang inilah ialah Kasroh 'Aridoh Terjadi Kasroh 'Aridoh tersebut dengan 2 sebab 1) Ibitida hamzah wasol dgn baris bawah 2) Perjumpaan 2 huruf yang sukun.(Iltiqo' us Sakinain) Nota kaki 33 ada diterangkan mengenai kedua-nya. Contoh Perjumpaan huruf yang sukun itu ialah seperti 3 contoh dari sebelah kanan . Baris bawah pada nun dan mim sebelum hamzah wasol itu diberikan baris bawah supaya dapat menyambung bacaan. Sepatutnya dia sukun, (liman, Am, In) berjumpa pula dengan ro sukun. (bukan berjumpa dgn hamzah wasol - hamzah wasol bukan huruf sukun kerana ia hazaf bila keadaan wasol) Jadi tidak boleh dibaca apabila 2 sukun berjumpa, maka dibariskan huruf terakhir dari kalimah yg awal untuk menyambung bacaan...