Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel muhaqqaq

Makhraj 'Ain ع dan Ha pedas ح ditengah kerongkong

Imej
Jika kita meneliti kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani yang disusun oleh Tn Haji Abdul Qader Leong didalam bab makhraj muka surat 11 dibawah sekali,  Makhraj ketiga: Tengah kerongkong keluar daripadanya huruf 'Ain(ع) dan Ha'(ح).  P/s: Orang Malaysia ,memanggilnya ha pedas kerana ketika sukun ia berbunyi seperti kepedasan. Disini satu persoalan timbul kerana apa yang menjadi sekatan udara padanya sehingga mengeluarkan bunyi Ain(ع) dan Ha'(ح). Kita ketahui hanya 3 huruf mad makhrajnya rongga(jauf). 3 huruf ini tidak dapat ditentukan dengan pasti - muqoddar. Ini dinamakan huruf vokal. Alif(ا), wau(و), dan ya(ي), dimana makhraj ketiga huruf ini ialah sepanjang saluran rongga kerongkong dan mulut dimana udara melaluinya. Manakala Huruf Ain(ع) dan Ha'(ح) pasti ada sekatan udara. Yang kita ketahui ialah Makhraj ialah tempat menahan atau menyekat udara ketika bunyi huruf dilafazkan. Konsep bunyi terhasil adalah kerana terdapatnya pergeseran udara antara 2 medium. Contohnya bila...