Makhraj 'Ain ع dan Ha pedas ح ditengah kerongkong
Jika kita meneliti kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani yang disusun oleh Tn Haji Abdul Qader Leong didalam bab makhraj muka surat 11 dibawah sekali,
Makhraj ketiga: Tengah kerongkong keluar daripadanya huruf 'Ain(ع) dan Ha'(ح).
P/s: Orang Malaysia ,memanggilnya ha pedas kerana ketika sukun ia berbunyi seperti kepedasan.
Disini satu persoalan timbul kerana apa yang menjadi sekatan udara padanya sehingga mengeluarkan bunyi Ain(ع) dan Ha'(ح). Kita ketahui hanya 3 huruf mad makhrajnya rongga(jauf). 3 huruf ini tidak dapat ditentukan dengan pasti - muqoddar. Ini dinamakan huruf vokal. Alif(ا), wau(و), dan ya(ي), dimana makhraj ketiga huruf ini ialah sepanjang saluran rongga kerongkong dan mulut dimana udara melaluinya. Manakala Huruf Ain(ع) dan Ha'(ح) pasti ada sekatan udara.
Yang kita ketahui ialah Makhraj ialah tempat menahan atau menyekat udara ketika bunyi huruf dilafazkan. Konsep bunyi terhasil adalah kerana terdapatnya pergeseran udara antara 2 medium. Contohnya bila kita menepuk tangan. Menutup pintu. Mencarik kertas dan sebagainya. Ini ada diterangkan didalam kitab Tajwid AlQuran Rasm Uthmani cetakan 2017 dihujung bab makhraj yang menggunakan pendapat Syeikh Dr Ayman Suwaid sendiri.
Nota Kaki Cetakan 2017 ms 16, tetapi malangnya telah dibuang pada cetakan 2021 |
Jadi bila kita lihat gambarnya ditandakan bahagian tengah kerongkong atas sedikit dari epiglotis. Jadi apa yg menjadi sekatan? akar lidah tak mungkin (untuk kho dan ghoin), epiglotis dah kebawah.
Kita dapati yang paling memberikan kita gambaran tepat tempat sekatan udara bagi kedua huruf ini Ain(ع) dan Ha'(ح) adalah dari Dr Syeikh Ayman Suwaid. Epiglotis atau lisan mizmar menjadi sekatan di dinding kerongkong untuk menghasilkan bunyi Ain(ع) dan Ha'(ح).
Video yang ada penerangan sebelum ini telah dipadam dari youtube. Yang ada hanya diatas.
Saya tidaklah ingin mengkritik kitab yang saya sendiri guna, cuma supaya para asatizah lain sedari perkara ini. Mungkin pada masa kitab kita disusun pada tengah 90an pada masa itu belum ada kajian mendalam mengenai makhraj kerongkong. Sekarang telah ada kamera yang boleh memasuki melalui hidung untuk melihat pita suara.
Yang menjadi persoalan kedua juga ialah makhraj ke 2. Pangkal kerongkong tempat keluar huruf hamzah (ء)dan ha simpul(ه) Gambar didalam kitab menunjukkkan dia bersebelahan dengan epiglotis. Ini lah sebenarnya bahagian tengah kerongkong. Manakala bahagian pangkal adalah pada pita suara.
Jika kita tanya diri kita apa yang ada dipangkal kerongkong tempat keluar hamzah (ء)dan ha simpul(ه) ? apa yang menjadi sekatan sehingga mengeluarkan bunyi? Jawapannya ialah pita suara. Bila hamzah sukun pita suara tertutup menjadi sekatan. Jawapan ini juga dihuraikan oleh Syeikh Ayman Suwaid.
Ini bertepatan dengan makhraj yang muqoddar dan muhaqqaq..dimana hanya huruf mad yang muqoddar kerana tidak dapat ditentukan makhrajnya. Manakala hamzah, ha simpul, ain dan ha pedas adalah huruf muhaqqaq yang boleh ditentukan dimana tempat putus suaranya.. mesti ada sesuatu yang memutuskan suara sehingga terhasilnya bunyi.
Update 12/03/2022. Alhamdulillah, akhirnya pada cetakan 2021 telah diletakkan gambar pita suara dan nota kaki yang penting pada muka surat 17. Tetapi gambarajah makhraj huruf masih serupa tidak diperbaiki seperti isu diatas. Tetapi ini dapat membantu memahami makhraj huruf hamzah dan ha simpul berada di pita suara.
Satu-satunya kitab tajwid bahasa Melayu yang memperakui hal ini adalah Kitab Perbahasan Ilmu Tajwid, Menurut Riwayat Hafs an Asim Melalui Toriq Asy Syatibiyyah susunan Dr Surul Shahbuddin al Nadwi m/s 208 Bab Makhraj Huruf disisi pengkaji bahasa Arab Moden.
Dr Surul Shahbuddin al Nadwi m/s 208 Bab Makhraj Huruf disisi pengkaji bahasa Arab Moden |
Muka Surat 17 Cetakan 2021 |
Nota Kaki Muka Surat 17 Cetakan 2021 |
Peti Suara diatas bahagian kerongkong, ini sedikit mengelirukan sepatutnya Peti suara diatas bahagian pangkal kerongkong
ganah ustad. doa saya ustad selalu dilingungi Allah
BalasPadam