Tingkatan Hams @ Hamas
Setiap huruf hijaiyah pasti ada 5 sifat yang berlawanan.
Hamas ialah satu sifat yang berlawanan - lawannya Jahr.
Hamas الهمْس ialah terlepas udara ketika menyebut hurufnya
Jahar الجهر ialah tertahan udara ketika menyebut hurufnya
Didalam kitab Tajwid Alquran Rasm Uthmani m/s 18 pengarang menyebut terlepas nafas.
kita boleh juga katakan terlepas angin. tetapi sy lebih suka menyebutnya terlepas udara.
Terlepas Udara = Terlepas Nafas = Terlepas Angin
Nafas ini udara lah. Ada udara adalah bunyi. Tanpa udara tiadalah bunyi. Sebenarnya kesemua 29 huruf hijaiyah, tanpa udara/nafas tidak akan terjadi bunyi. Tetapi sifat Hamas ini hurufnya yang sepuluh udaranya terlepas begitu ketara.
Huruf Hamas ada 10 terangkum dalam syair Ibnul Jazari didalam bab sifat huruf yang berbunyi
مَهْمُوسُهَـا فَحَثَّـهُ شَخْـصٌ سَـكَـتْ
----------------------
Yang perlu kita ingat dan hafal ialah :فَحَثَّـهُ شَخْـصٌ سَـكَـتْ
dimana setiap huruf dari rangkaikata diatas adalah huruf hamas.
ف ح ث ه ش خ ص س ك ت
** Sebenarnya Huruf huruf ini perlu dihafal bait syairnya, tanpa kita hafal kita tidak akan dapat menguasai sifat huruf yang berlawanan. Kita bukan hanya perlu hafal bait diatas sahaja tetapi kesemuanya seperti yang tertera dalam jadual dibawah.
Didalam bait syair matan muqoddimah Ibnul Jazary ini hanya disebut huruf-huruf dari satu sifat setiap yang berlawanan dan kesemuanya yang dimasukkan dalam bait syair adalah huruf huruf yang sedikit bilangannya. Maka selain dari yang sedikit itu (huruf yang banyak yg tidak disebut) adalah sifat yang berlawanan.
Sila klik disini untuk kuali print.
Jadi bila kita telah menghafal bait syair diatas, kita dengan mudah mengasing sifat berlawanan bagi kesemua huruf. Saya kan menulis satu artikel bagaimana menguasai praktikal sifat huruf berlawanan ini kemudian hari.
Faktanya diantara huruf hamas itu memang semulajadinya mesti disebut dgn terlepas udara seperti huruf syin, sin, sod, tsa dan fa. Contohnya bolehkah kita sebut fa ف tanpa terlepas udara. tanpa terlepas angin/udara dia akan berbunyi pa.
Jadi sifat hamas tidak hanya terjadi bila sesuatu huruf hamas itu sukun tetapi semulajadinya memang terlepas udara ketika berharakat tetapi kekuatannya lebih lagi ketika sukun. Ketika menyebut huruf hamas berharakat cuba letak telapak tangan dimulut kita akan rasa udara/anginnya yang kuat tetapi bila kita sebut huruf jahar lawannya seperti huruf dal(د) dan ba(ب)..kita hanya dapat merasai anginnya yg sedikit sahaja, kerana jahar itu tertahan udara. Seperti yang telah sy sebut diatas, kesemua huruf hijaiyah tanpa udara tidak akan berbunyi kerana syarat bunyi mesti ada udara. Hamas ini adalah kumpulan huruf terlepas udara yang paling ketara sekali.
Jadi guru saya mengatakan ada 3 peringkat hamas yang boleh kita praktikkan dalam bacaan.
1. Ketika berharakat hamas berada pada peringkat yang lemah
2. Ketika sukun hamas berada pada peringkat sederhana
3. Ketika bersabdu hamas berada pada tingkatan yang paling kuat.
Saya dapati ini pendapat yang benar, walaupun ada yang mengatakan hanya terjadi semasa sukun.
Manakala diantara huruf hamas itu ada huruf Sofir (sifat tunggal sofir - berdesir) ini lebih kuat dari sifat hamas maka huruf Sod(ص) dan Sin (س) adalah huruf hamas yang paling kuat kerana kedua huruf ini adalah Sofir.
Kemudian huruf Hamas yang paling lemah ialah Kaf (ك)dan Ta(ت). Seperti yang disebut oleh Ibnul Jazari didalam matan yang sama.
وَرَاعِ شِـــدَّةً بِــكَــافٍ وَبِـتَـا
Dan peliharalah baik-baik sifat Syiddah yang terdapat pada huruf Kaf dan Ta
Kaf dan ta hamasnya sedikit sahaja kerana telah dibatasi dengan sifat Syiddah (tertahan suara). Tertahan suara dahulu baru terlepas udara(hamas). Perhatian: Kita perlu mengambil dari guru bunyinya ketika sukun kerana jika tidak kita akan terlebih hamas pada Kaf(ك) dan Ta (ت) sehingga berubah menjadi huruf lain. Ta(ت) bila terlebih hamas boleh menjadi sin (س). Kaf(ك) terlebih hamas boleh menjadi kho(خ). Semua ini pernah terjadi.
Kalau huruf kaf dan ta ketika berharakat anginnya hanya semulajadi bukan dibuat-buat kerana telah dilemahkan oleh syiddah.
Dan ada huruf hamas ini paling susah untuk dikeluarkan bunyi anginnya iaitu ha pedas (ح) dan kesilapan menyebutnya dengan ha simpul boleh membatalkan solat kerana merosakkan makna contohnya pada kalimah Alhamdulillah.
Bunyi ha pedas (ح) ini juga sukar mendapatkannya tanpa bimbingan guru.
Ulasan
Catat Ulasan