Bagaimana sebutan dhod diikuti dengan mad?

 


Didalam surah fatihah ayat ke tujuh kita perlu menyebut dhod fathah dengan mad selama 6 harakat.
Untuk meneliti cara yang betul kita perlu ketahui dua makhraj iaitu dhod dan alif mad.

Dhod (ض) ada 3 pendapat makhrajnya.
1) Sepanjang tepi lidah ditekan pada dinding gusi geraham atas sebelah kiri atau kanan
2) Sepanjang tepi tepi lidah pada Gigi geraham atas sebelah kiri atau kanan
3) Hujung lidah pada langit2 tengah - pendapat yang lemah

Manakala makhraj Alif mad ialah Rongga atau Jauf.

Jadi..mana yang betul?

1) Menyentuh sepanjang tepi lidah pada makhraj dhod (ض) kemudian melepaskan lidah ditengah kerana mad alif, makhrajnya jauf..(kadang-kadang jadi tak sengaja lidah terlepas ke tengah kerana madnya yang panjang).


2) Atau menyentuh sepanjang tepi lidah pada makhraj dhod (ض) dan mengekalkan kedudukan lidah sampai habis harakat mad?

Jawapannya ialah cara yang kedua adalah lebih tepat.

Kenapa?
Kerana Dhod bersifat itbaq, iaitu semasa menyebut melengkung lidah kelangit2..sifat itbaq adalah terkuat timbul dari sifat isti'la. Dengan mudahnya kita faham lidah terangkat hampir ke langit-langit mulut menyempiti ruang udara. Huruf Itbaq ada 4 sahaja, Sod (ص) , Dhod(ض), Tho(ط) dan Zho(ظ).,

Manakala Alif mad selepas Dhod adalah bersifat tafkhim kerana alif mad mengikut sifat huruf sebelumnya, jika huruf sebelumnya nipis dia nipis, jika huruf sebelumnya tebal ia tebal.

Peringatan: 

Disini tidak dibincang sifat tunggal pada huruf Dhod iaitu istitholah. Memanjang di makhraj. Dia bukan diam dimakhraj - aitu saktah. Tetapi kita menekan sepanjang tepi lidah ke depan mengikut syeikh Ayman suwaid.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sifat Huruf Isti'la

Alif Ziyadah, Wau Ziyadah Dan Ya Ziyadah- Sifrul Mustadir

Tingkatan / Martabat dengung