Tingkatan Sofir
2 hari lepas saya ada menulis mengenai tingkatan hamas, tingkatan yang sama juga diguna pakai kepada huruf Sofir iaitu Sodص , Zai ز dan Sin س yang juga berkongsi makhraj yang sama.
Ibnul Jazary mengatakan dalam bait matan muqoddimahnya;
صَفِيـرُهَـا صَــادٌ وَزَايٌ سِـيــنُ
Hurufnya: ص ز س
Perbezaan Sofir dan Hamas:
Sofir |
Hamas |
Sifat tunggal. |
Sifat berlawanan - lawannya Jahar |
Sofir adalah lebih kuat dari hamas |
Hamas lebih lemah dari Sofir |
Kita dapati huruf sod dan sin adalah juga huruf hamas, maka huruf ini paling kuat diantara huruf hams yang lain.
Sofir dari segi bahasa ialah berdesir
Sofir Istilah tajwid: Menyebutnya dengan bunyi berdesir dan kuat. Bunyi desiran ini seakan bunyi unggas. Bunyi desiran sod yang paling kuat diikuti dgn zai dan sin. Kenapa sod paling kuat kerana sod ialah huruf isti'la.
Huruf dzal biasa tersalah sebut dengan zai, hanya zai yang ada sofir manakala dzal tiada sofir dan dzal tiada hamas.
Tingkatan Sofir adalah seperti berikut:
1. Paling kuat sofir ketika huruf bersabdu (bertasydid)
2. Pertengahan sifat sofir adalah pada huruf yang sukun
3. Paling lemah adalah pada huruf yang berharakat.
Sila terus ke minit 33:30 video Qurantime tvALhijrah, Ustaz Tirmizi Ali menerangkan tingkatan Sofir.
https://www.facebook.com/tvalhijrah114/videos/418019112708122/
Jadi bagimana nak praktikkan kedua tingkatan ini pada surah alfatihah. Tingkatan hamas dan tingkatan sofir.
Ha pedas (ح) yang pertama adalah sukun maka dia bunyi hamas dia lebih kuat dari ha (ح) yang berbaris kasroh. Perhatian: kalau kedua dua hamas sama kuat tiada beza, dikhuatari ha (ح) pedas yg berbaris bawah kedengaran macam bersabdu.
Nasihat saya dapatkan bunyi dari Ustaz yang muktabar.
Thanks Sir for very useful and clear explanation.
BalasPadamapakah sifat sofir dipunyai oleh huruf syajariyah
BalasPadam