Iltiqo' us Sakinain -pertemuan 2 huruf sukun yang ada di kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani - Abdul Qader Leong

Pertemuan 2 huruf sukun (التقاء الساكنين) Iltiqo'us sakinain boleh didapati di beberapa tempat didalam kitab. Ada perkara yang penting untuk kita ketahui mengenai pertemuan dua huruf sukun ini.  Manakala pada bab Al Mutmathilain, Al Mutajanisain dan Al Mutaqaribain, bila diterangkan mengenai Soghir, Kabir dan Mutlak di muka surat 53, setiap pertemuan huruf  yang perlu kita ketahui termasuklah pertemuan huruf sukun bertemu sukun, iaitu iltiqo' us sakinain.

iltiqo' = Pertemuan
As Sakinain = 2 huruf sukun

Pertemuan ini terjadi dalam satu kalimah dan dan pada 2 kalimah(huruf terakhir kalimah pertama berjumpa huruf awal kalimah kedua, hamzah wasol tidak dikira(dihazaf) bila keadaan wasol.

 Jenis

Pertemuan dua huruf

Soghirhuruf mati bertemu huruf berbaris
Kabir huruf berbaris bertemu huruf berbaris
Mutlakhuruf berbaris bertemu huruf mati
Iltiqo’ As Sakinainhuruf mati bertemu huruf mati

Pertemuan 2 huruf sukun pada 2 kalimah

Iltiqo' us Sakinain atau pertemuan dua huruf ini tidak terhad pada Nun Wiqoyah @ Nun Wasol @ Nun Iwad sahaja. 

Tetapi Nun wiqoyah memang yang terpenting dalam bab ini apabila tanwin yang izhar bertemu huruf mati (Sila rujuk disini) kerana kita perlu mengetahui dengan pasti kaedah bagaimana hendak melafazkan bila berjumpa dengan keadaan ini supaya tidak tersalah baca.

Iltiqo’ us Sakinain didalam Kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani – Hj Abdul Qader Leong

Muka surat

Tajuk

ms102

bawah tajuk tanwin (tanwin yang selari)

Ini mengenai Nun Wiqoyah

ms82



Peringatan - dibawah tajuk, Bacaan Kata Kata Huruf Rahsia di Permulaan Surah


2 wajah wasol ayat 1 ke ayat 2 surah Aali 'Imran

ms59



no4. tajuk At Tafkhim bab Bahagian Hukum Bacaan huruf Ra' nota kaki 33.

Kalimah yg asal huruf akhirnya sukun dibariskan kasroh ketika pertemuannya dgn ro sukun. Sila rujuk disini

ms73





Tajuk Bacaan Huruf Mad Di Akhir Kalimah bertemu huruf bertanda sukun

Pertemuan huruf mad asli dgn alif lam ta'rif. Dimana mad aslinya digugurkan saat wasol.

Mad asli adalah huruf sukun, manakala alif lam takrif juga adalah huruf sukun ketika qomriyah lamnya sukun, ketika syamsiah hurufnya sukun.

Pertemuan 2 huruf sukun di kalimah yang sama.

Waqof Isyaroh
Selain daripada ini terdapat juga pertemuan dua sukun pada sukun 'arid seperti pada waqaf isyaroh dimana terdapat huruf sukun sebelum sukun 'arid ketika ketika waqof.
contoh

Perhatian: waqof isyaroh ini dibaca 1/3 harakat. Ro disitu ro tebal.

Huruf mad Alif, Wau dan Ya.
Huruf mad yang tiga itu sendiri sebenarnya ialah huruf sukun, cuma pada Resam Uthmani ia tidak ditandai sukun. 

Mad Far'ie yang terjadi ketika pertemuan dua huruf sukun adalah seperti berikut:
1) Mad Muttasil ketika waqof adalah pertemua dua huruf sukun,
2) Mad Arid lissukun adalah pertemuan dua sukun,
3) Mad lazim Kalimi/Harfi  keduanya adalah pertemuan dua sukun.

Bab ini sebenarnya adalah luas dan terdapat pertemuan dua huruf sukun yang memang telah diberi baris didalam alquran tanpa kita sedari seperti kalimah min yang semamangnya sukun, diberi baris atas contohnya bila ada alif lam didepannya.

Sila rujuk video Ustaz Muhammad Lail al Fadhli





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sifat Huruf Isti'la

Alif Ziyadah, Wau Ziyadah Dan Ya Ziyadah- Sifrul Mustadir

Tingkatan / Martabat dengung