Waqaf Lin, Huruf lin dan Mad lin
Harfun Lin atau Huruf Lin terjadi dalam keadaan Wasol, bila huruf ya dan wau bertanda sukun, huruf sebelumnya berbaris diatas. Ia disebut dengan lunak. Jika kita mematikan mendatang huruf yang berbaris selepas huruf lin itu ia akan menjadi Mad Lin yang hukumnya jaiz boleh dibaca 2 atau 4 atau 6 tetapi afdol ialah 2 harakat.
Contoh Mad Lin pada surah Quraish ayat 1
Bagaimanapun pada huruf muqotho'ah diawal surah. Dimana ada huruf 'Ain yang dieja dengan {ع ي نْ}. Huruf akhir nun disukunkan bermakna ia adalah Mad Lin bila dibaca.Tetapi secara amnya dia tidak dinamakan Mad lin Harfi tetapi Mad Lazim Harfi. Ia boleh dibaca dengan 2 wajah mengikut Toriq As Syatibi. Dibaca dengan 6 harakat lebih didahulukan daripada 4 harakat. Ini boleh dirujuk pada muka surat 80 buku Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani oleh Tuan Haji Abdul Qader Leong pada point no1.
** Perlu diingat ejaan ع, ain ya nun {ع ي نْ} . Nun disukunkan نْ terjadinya hukum antara nun sukun نْ kepunyaan ain ع itu dengan huruf seterusnya sod ص dalam surah maryam dan qof ق dalam surah syuro, iaitu ikhfa' hakiki.
Bagaimana pula waqful Lin atau Waqof Lin?
Waqaf Lin ialah kita berhenti pada kalimah yang tiada huruf selepas huruf lin tersebut. Adakah kalimah macam itu didalam al Quran? jawapannya adaCth pada Surah Jumuah ayat 6:
Jika kita berhenti pada kalimah فَتَمَنَّوُا۟ maka itu lah yang disebut dgn Waqof Lin yang ditanda dengan warna merah no 1 dalam keratan ayat dibawah.
Yang ditanda hijau no 2 dalam ayat dibawah ialah Huruf Lin bila bacaan dalam keadaan wasol
Ulasan
Catat Ulasan