Waqaf ayat 4 surah Ma'un



Soalan

Al Ma'un ayat 4 فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ - ada guru yang mengatakan majoriti ulama cakap boleh berhenti pada akhir ayat 4 surah al Ma'un. Manakala ada guru yang mengatakan waqaf qobih mengikut pendapat ulama.

Jawapan

waqaf di utamakan : ini adalah muktamad pendapat Qurra’ begitu juga ad-Dani , al-Jazary dan al-Asymuny 

Begitulah juga pendapat Ustaz Muhammad Laili al Fadhli mengatakan majoriti ulama membolehkan waqaf pada ayat 4 surah al Maun. Beliau mengatakan "mutlak waqf sunnah" bererti menghentikan bacaan pada akhir ayat adalah waqaf sunnah secara mutlak(hassan)

Kita dapati Ibnul Jazari didalam Muqoddimah nya didalam bab waqaf dan ibtida'
إِلاَّ رُؤُس الآىِ جَوِّزْ فَالحَسَنْ

Pada pendapat saya jika pembaca al Quran memberhentikan bacaan dengan niat qoto' (القطع)bukan waqof maka qobihla dia. Qoto' ialah memutuskan bacaan kerana tujuan berhenti (selesai).

Soalan Al Ma'un ayat 4 فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ - ada guru yang mengatakan majoriti ulama cakap boleh berhenti pada...

Posted by Persatuan Qiraat Malaysia (PQM) on Monday, 23 March 2020

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sifat Huruf Isti'la

Alif Ziyadah, Wau Ziyadah Dan Ya Ziyadah- Sifrul Mustadir

Apa beza alif dengan hamzah?