Memulakan bacaan ketika hamzah wasal berjumpa hamzah sukun

 Ketika ingin memulakan bacaan @ ibtida' semasa hamzah wasal bertemu dengan hamzah sukun terdapat dua kaedah. Saya hanya ingin membincangkan ibtida' hamzah wasol bertemu hamzah sukun kerana bunyinya yang istimewa kerana orang 'Arab tidak menyebut ik atau uk ketika ibtida'.

Kaedah yang pertama : memerhatikan huruf ketiga

Kaedah yang pertama ialah memerhatikan huruf ketiga untuk menentukan baris hamzah wasol dengan pengecualian pada satu kalimah sahaja . Hamzah wasol dikira sebagai huruf kerana menerima baris ketika Ibtida'

 


 Ibtida dengan bunyi bacaan "Uutumina". Uu dengan 2 harakat.
Huruf ketiga ialah ta dhommah. Maka hamzah wasol diberi baris dhommah.

 


 Ibtida dengan bunyi bacaan "iidzallii". ii dengan 2 harakat.
Huruf ketiga ialah dzal fathah. Maka hamzah wasol diberi baris bawah.

 


Pengecualian pada kalimah ini kerana tidak mengikut kaedah kerana dhommah pada ta ت ialah dhommah mendatang (Dhommah 'Aridhoh) bukan asli. Ia tidak dibaca Uutuunii, tetapi iituunii


Kaedah kedua: Melihat rumah hamzah sukun

Kaedah yang kedua ialah melihat kepada rumah hamzah sukun. Kaedah yang kedua jarang diterangkan oleh para asatizah kecuali Ustaz Rahim Jusoh, beliau mengatakan kaedah ini menepati kaedah Resam Uthmani. Pada mushaf pertama hamzah tidak berbentuk. Hamzah terjadi kemudian diberi bentuk kepala 'ain. Maka pada zaman sahabat ia hanya hamzah wasol dan rumah hamzah tanpa sebarang titik dalam perkara yang kita bincang ini.

Update 25/2/2022 - Ustaz Rahim Jusoh telah meninggal dunia pada  Jam 1.40 pagi 5 Okt 21 bersamaan 28 Safar 1443. Kita doakan semoga Allahyarham ustaz diampuni Allah swt dan dilapangkan kuburnya dan ditempatkan bersama orang orang beriman yang soleh. Aaamiin

 


Perhatikan rumah hamzah ialah wau و, maka kita ibtida dengan Uu

 


Perhatikan rumah hamzah ialah ya ى, kita ibtida' dengan ii

 


Perhatikan rumah hamzah ialah ya ى, kita ibtida' dengan ii.

Kalau kita ibitda' dengan Uu kita menyalahi resam Uthmani. Menyalahi resam juga adalah kesalahan menukar huruf kerana resam menunjukan rumah ya. ى

 

Dalam bab ibtida hamzah wasol bertemu hamzah sukun ini, guru saya juga menamakan ia Mad Badal fil ibtida'. Ini diterangkan juga sebagai mad badal kerana pertemuan hamzah berbaris dengan hamzah sukun oleh Ustaz Muhammad Laili al Fadhli.

Dan Almarhum Ustaz Hj Ahmad Mustafa Saidin mengatakan hanya satu tempat sahaja didalam al Quran yang kemungkinan besar kita akan ibtida iaitu pada kalimah pada surah al Ahqof ayat 4 kerana terdapat tanda waqof disitu.



 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sifat Huruf Isti'la

Alif Ziyadah, Wau Ziyadah Dan Ya Ziyadah- Sifrul Mustadir

Apa beza alif dengan hamzah?