Waqaf Tamkin, Tamkin Qiro'ah dan Mad Tamkin

Waqof Tamkin 

Waqaf tamkin ialah bila kita waqaf pada ya bersabdu. Kita kena menekan huruf ya pada makhrajnya lebih kuat dari huruf sebelumnya - tetapi dgn perhatian: jangan sampai terjadi sifat syiddah (tertahan suara) kerana ya bersifat Rokhawah - (mengalir suara/terlepas suara)

Tamkin maksudnya tetap.

Contohnya: Al Ahzab ayat 56


Perhatikan Bacaan Syeikh Mishary pada kalimah "Nabiyy".



 


Mad Tamkin

Mad tamkin didalam buku Tajwid Rasm Uthmani muka surat 78,hanya diberi contoh contoh pada kalimah ya bersabdu yang diikuti oleh ya kecil (ya ma'qusoh) didalam satu kalimah dan hanya satu contoh ya bersabdu jumpa ya didalam satu kalimah dalam surah An Nisa' ayat 86:



Yang nak ditetapkan(tamkin) pada perjumpaan ya sabdu dgn ya ini adalah madnya ya dibaca2 harakat.

Manakala jika perjumpaan huruf yang serupa huruf mad wau berjumpa wau dikalimah berikutnya.Yang nak ditetapkan ialah mad wau itu (seperti anak panah diatas) supaya tidak terjadi idgham.

Kedudukannya berbeza antara contoh ya bersabdu, tetapi yang penting apabila ditanya mana yang nak ditetapkan, yang nak dijaga adalah madnya.

Contoh lain:

Surah Aali 'Imran ayat 200

Pertemuan ya mad dengan ya


Tamkin Qiro'ah

Tamkin qira'ah berlaku pada huruf ya bersabdu terutamanya kerana Kalimah ya bersabdu sering di ringankan bacaan bagi yang kurang mahir sehingga dibaca satu ya hilang sabdu.

Ya bertashdid/bersabdu ini ditetapkan dengan menyentuh tengah lidah pada makhrajnya di langit2 keras sebelah atas. Tetapi tidaklah sampai menjadi sifat syiddah-tertahan suara seperti ik-ya, bagi kalimah iyya dalam fatihah ayat 5.

Perlu diingatkan kekuatan tekanan masa bacaan wasol ya bersabdu tidak sama kuat masa waqof(waqof tamkin). Semasa waqof lebih ditekan.

Allahu A'lam

AN NABR
Kaedah yang lebih meluas adalah kaedah An Nabr utk menjaga mad dan sabdu, dimana Ustaz Muhammad Laili Al Fadhli mengatakan dipelopori oleh Syeikh Ayman Suwaid. Di Malaysia, Ustaz Toha anak Arwah Tan Sri Hassan Azahari ada mengajar An Nabr didalam rancangan Muqaddam terbitan JAKIM yang disiarkan tv1.


Rujukan Lain Mengenai Nabr dan Ya Tasydid:
ISTILAH-ISTILAH TAJWID YANG DIPERSELISIHKAN PARA ULAMA Dalam perkembangan ilmu tajwid, muncul beberapa istilah baru...
Keadaan2 Nabr yang lebih sistematik diajar oleh Ustaz Muhmmad Laili al Fadhli.


Ulasan

  1. Mudah faham😻😻😻😻😻😻😻♥️♥️♥️😊☺️☺️😘😋🤩🤩🌟🌟🌟🌟⭐🌟🌟⭐⭐🌟⭐🌟🌟⭐🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟👧🦋🌼

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sifat Huruf Isti'la

Alif Ziyadah, Wau Ziyadah Dan Ya Ziyadah- Sifrul Mustadir

Tingkatan / Martabat dengung