Qolqolah

Qolqolah ialah bunyi lantunan yang kuat daripada makhraj hasil daripada bacaan huruf qolqolah yang bertanda sukun makhrajnya ditekan terlalu kuat dan dilepaskan dalam waktru yang singkat.
 
Didalam buku Tajwid Al-Quran Rasam Uthmani – Hj Abdul Qader Leong Tajuk Qolqolah berada pada muka surat 21-22. Cetakan baharu mempunyai banyak teks yang ditambah masuk untuk memperbaiki bab Qolqolah. Ini termasuk definisi Sughro yang edisi lama tidak memasukkan dalam keadaan wasal.


Hurufnya:

ق ط ب ج د

قَلْقَلَةٌ قُطْبُ جَدٍّ  - Matan Al Jazari


Mengenai Qolqolah bertasydid (Akbar) didalam Kitab Tajwid Al-Quran Rasam Uthmani - Hj Abdul Qader Leong

Cetakan 2003.
Jika ia bersabdu maka hendaklah dinyatakan sabdunya dengan cara melebihkan sedikit lagi tekanan padanya


Cetakan 2017.
Jika huruf Qalqalah berbaris dan bertasydid diakhir kalimah dan dibaca sukun mendatang kerana berhenti bacaan diatasnya, maka hendaklah menghentikan bacaan sekejap tanpa bernafas dalam masa 2 harakat kerana memberi sedikit tekanan pada makhraj huruf qalqolah yang bertasydid kemudian bunyi qalqalahnya didatangkan dengan jelas dan kuat.


Kedua-dua pendapat lama dan baru didalam kitab Tajwid Al-Quran Rasam Uthmani ini boleh diamalkan. Tetapi amalkanlah mengikut kaedah yang kita perolehi dari guru secara talaqqi dan musyafahah.


Persoalan Qolqolah Akbar Adakah dikira membuang huruf jika kita tidak membezakan qolqolah akhbar dengan kubro?
Ada 2 pendapat yang pernah saya dengar, pendapat pertama buang huruf. Pendapat yang kedua dari guru saya tidak membuang huruf jika masih ada bunyi qolqolahnya.

Bunyi Qolqolah
Bunyi Qolqalah yang masyhur dan terpilih ialah dilafazkan hampir kepada fathah walaupun apa pun baris huruf qolqolah itu.

Hampir kepada fathah disini bukan bunyi fathah.

Cuma bunyinya dapat disimpulkan, bagi ba ب jim ج dal د, bunyi be- je- de seperti bunyi taqlil cth bunyi “de”=spt perkataan "degil".be=betul, je=jepun. Manakala bagi Tho dan Qof, dibunyikan tebal mengikut sebutan hurufnya qo, tho.

Ada juga pendapat kekuatan bunyi Qolqolah juga berbeza diantara huruf, huruf yang isti’la yang itbaq(ط) dgn huruf isti’la yg bukan itbaq(ق). Dan berbeza kekuatan huruf isti’la dgn huruf istifal ba ب jim ج dal د.

Manakala bila huruf Qof sukun sebelumnya baris bawah. Qolqolah juga dilemahkan kerana sifat tafkhim nisbiyyah. Seperti kalimah Iqra' pada surah Al 'Alaq ayat 1
ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sifat Huruf Isti'la

Alif Ziyadah, Wau Ziyadah Dan Ya Ziyadah- Sifrul Mustadir

Tingkatan / Martabat dengung