Bagaimana membaca huruf huruf awal surah - contoh surah Maryam ayat 1

Kaedah membaca huruf huruf awal surah yang juga dikenali huruf muqotto'ah مقطَّعه:
Kesemua huruf dieja mengikut kaedah berikut:
1) Huruf yang mempunyai tanda mad () dieja, huruf akhirnya disukunkan.
2) Huruf yang tiada tanda mad dieja tanpa huruf hamzah- contohnya huruf ya, asalnya mempunyai hamzah dihujung, ya un (ياءٌ) tetapi dieja tanpa hamzah (يا)
3) Apabila telah dieja barulah kita dapati terdapat hukum hukum bacaan yang tersembunyi seperti Ikhfa' hakiki dan qolqolah seperti contoh dibawah. Apabila nun sukun kepunyaan huruf ain bertemu dengan huruf sod kepunyaan huruf sod, terjadilah hukum bacaan ikhfa' hakiki. Manakala didalam ejaan huruf sod diakhirnya ada qolqolah kubra.





Surah Qosos & Ash-Syu'ara'

Terdapat dengung idgham 2harakat bile nun sukun kepunyaan sin bertemu dengan huruf mim kepunyaan mim





Apakah kita perlu mengetahui kesemua ejaan huruf hijaiyah? Tidak kita perlu ketahui hanya 8 daripada huruf mad lazim harfi menerusi rangkai kata berikut setiap satu hurufnya:



كَمْ عَسَلْ نَقَصْ

Manakala bagi huruf mad asli harfi terdapat dalam rangkai kata

حَيٍّ طَاهِرٍ
Cuma ejaan huruf alif yang tiada mad tetapi tetap dikira 2 harakat

p/s: Kedua rangkaikata diatas disebut oleh Imam Sulaiman Al Jamzuri didalam matannya Tuhfatul Autfal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sifat Huruf Isti'la

Alif Ziyadah, Wau Ziyadah Dan Ya Ziyadah- Sifrul Mustadir

Apa beza alif dengan hamzah?