Didalam kitab Tajwid AlQuran Rasm Uthmani - Tn Haji Abdul Qader Leong, Muka surat 100, tanda bulat kecil. Hanya terletak pada huruf 'illah lemah alif, wau dan ya. Ia menunjuk sebagai huruf tambahan, tidak dibaca sebagai huruf mad ketika menyambung atau berhenti bacaan. Tanda bulat ini yang diletak atas huruf alif,wau dan ya tambahan juga dikenali sebagai As Sifrul Mustadir الصفر المستدير atau boleh disebut sifir mustadir seperti disebut oleh Ustaz Hazri Hashim didalam kitabnya Syarah Matan Tuhfatul Atfal: Panduan Tajwid berkesan. Maksud sifr ialah sifar, manakala mustadir ialah bulatan. Saya pernah mendengar Almarhum Hj Ahmad Mustafa menyebutnya Alif Sifar jika pada huruf alif, kita senang memanggilnya alif ziyadah atau zaidah . Ziyadah ialah tambahan. Alif sifar, sifir mustadir atau alif ziyadah - kesemuanya betul, tetapi didalam bab ziyadah ada satu lagi tanda bulat yang dikenali sebagai As Sifrul Mustathil Qo'im. Yang ini hanya terjadi pada huruf alif. Update: Sy juga m...
Ulasan
Catat Ulasan