Catatan

Kenapa dipanggil syabih bin naqol lebih tepat daripada naqol?

Imej
Didalam surah al hujurat ayat 11 terdapat satu bacaan khusus riwayat hafs an asim yang dipanggil sebagai syabih bin naqol (Menyerupai naqol). dibaca bunyinya  bi' sa lismul fusuqu - lam baris bawah. Bukan dibaca bi' sal - ismu Kenapa dipanggil syabih bin naqol lebih tepat? kerana ia tidak menepati syarat naqol. Syarat naqol ialah yang dipindah baris ialah baris hamzah qoto' pada awal kalimah kedua kepada---> kalimah sebelumnya dimana huruf terakhir ialah huruf sukun yang bukan dari mad. Didalam ayat diatas yang dipindah baris pada huruf lam mati =  ialah baris bawah@kasroh pada hamzah wasol, iaitu kalimah ismu. Bukan dari hamzah qoto'. Jadi tidak tepat bacaan ini dipanggil naqol tetapi lebih tepat dipanggil syabih bin naqol. Allahu a'lam

Mengapa mengesan makhraj dan sifat lebih tepat dengan huruf sukun

 Jawapanya dijawab oleh Ustaz Muhammad Laili al Fadhli.

Ijazah untuk mengajar al Quran - Imam As Suyuti

Al-Imâm As-Suyûthiy dalam Al-Itqân berkata, الْإِجَازَةُ مِنَ الشَّيْخِ غَيْرُ شَرْطٍ فِي جَوَازِ التَّصَدِّي لِلْإِقْرَاءِ وَالْإِفَادَةِ فَمَنْ عَلِمَ مِنْ نَفْسِهِ الْأَهْلِيَّةَ جَازَ لَهُ ذَلِكَ وَإِنْ لَمْ يُجِزْهُ أَحَدٌ وَعَلَى ذَلِكَ السَّلَفُ الْأَوَّلُونَ وَالصَّدْرُ الصَّالِحُ وَكَذَلِكَ فِي كُلِّ عِلْمٍ وَفِي الْإِقْرَاءِ وَالْإِفْتَاءِ خِلَافًا لِمَا يَتَوَهَّمُهُ الْأَغْبِيَاءُ مِنِ اعْتِقَادِ كَوْنِهَا شَرْطًا. وَإِنَّمَا اصْطَلَحَ النَّاسُ عَلَى الْإِجَازَةِ لِأَنَّ أَهْلِيَّةَ الشَّخْصِ لَا يَعْلَمُهَا غَالِبًا مَنْ يُرِيدُ الْأَخْذَ عَنْهُ مِنَ الْمُبْتَدِئِينَ وَنَحْوِهِمْ لِقُصُورِ مَقَامِهِمْ عَنْ ذَلِكَ وَالْبَحْثُ عَنِ الْأَهْلِيَّةِ قَبْلَ الْأَخْذِ شَرْطٌ فَجُعِلَتِ الْإِجَازَةُ كَالشَّهَادَةِ مِنَ الشَّيْخِ لِلْمُجَازِ بِالْأَهْلِيَّةِ (الإتقان في علوم القرآن (I/ 355) "Ijâzah dari seorang guru bukanlah syarat bolehnya mengajar Al-Qurân dan menyebarkan ilmu. Siapapun yang mengetahui bahwa dirinya memiliki kompetensi maka boleh baginya mnegajar walaupun ia...

Pembetulan Harakat Mad Ta'zhim dalam Kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani oleh Tn Hj Abdul Qader Leong

Imej
Pada masa video 1:13 Almarhum Ustaz Hj Ahmad Mustafa menjelaskan bahawa Ustaz Abdul Qader Leong telah menghadiahkan buku yang baru bewarna pink, telah dibetulkan 6 harakat kepada 4 harakat pada muka surat 79 bab Mad Ta'zim. Dan Almarhum Ustaz juga menjelaskan bila membaca dengan Toriq al Kaamil Riwayat Hafs an Asim dimana dibaca Qasr Munfasil (mad munfasil dibaca 2 harakat )boleh dibaca Mad Ta'zhimnya dengan 4 harakat. Beliau mengatakan Mad Ta'zhim hanya berlaku dalam Toriq al Kaamil. Allahu a'lam. Rujuk videonya disini masa 1:11. https://youtu.be/VbLmLikCVYE?list=PLqKakHJqnrtlVf2UY7LfwY655eG7RupwV&t=4284 Mungkin ada Asatizah yang akan mengatakan dalam riwayat Haf an Asim tiada Mad Ta'zhim. Ianya kurang tepat. As Syatibi tidak membacanyanya tetapi Toriq yang lain ada.  https://notatajwid.blogspot.com/2020/11/mad-munfasil-yang-dibaca-2harakat-qasr.html Edisi 2017 Pembetulan didalam cetakan edisi 2021 Kitab Tajwid Al-Quran Rasm 'Uthmani

Sebutan Jim yang fasih

Sebutan jim ج yang fasih adalah ketat, jim Arab tidak sama dengan huruf "J" tulisan rumi. Kalau kita sebut dengan bahasa kita "Jajan" - kalau bunyi sebutan kita bahasa Melayu sama dengan bahasa Arab kita masih tidak fasih. Sebutan dengan bahasa Arab huruf jim adalah lebih ketat. Tiada bunyi seakan akan "cha". Tiada ekornya. Sebutan Jim yang fasih dapat dilihat dari sudut sifatnya Jim bersifat Jahar, Syiddah. Dia tidak terlepas udara, tetapi dia tertahan suara. 

Mad badal hakiki, mad syabih bil badal, mad badal fil ibtida' (mad badal ketika ibtida) mad badal fil waqfi(mad badal ketika waqaf)

Imej
Mad Badal Hakiki Imam Sulaiman al Jamzuri mengatakan dalam bait syairnya yang terkenal أَوْ قُـدِّمَ الْهَمْـزُ عَـلَـى المَـدِّ وَذَا * بَـدَلْ كَـآمَـنُوا وَإِيَـماناً خُــذَا "Jika Hamzah ada sebelum mad, maka ini adalah mad badal contohnya آمَـنُوا dan إِيَـماناً" Mad badal selalu terkeliru dengan mad asli kerana menggunakan alif, wau dan ya kosong. Kesalahan ini biasa terjadi walaupun pada guru al Quran yang mahir. Kenapa kena kenal mad badal, kerana jika ingin belajar bacaan lain seperti riwayat Warsh an Nafi'. Imam Warsh ini membaca mad badal dengan 6 harakat. Menurut kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani yang disusun oleh Tuan Haji Abdul Qader Leong ms69, Mad Badal ialah huruf mad ditukar daripda huruf hamzah. Asalnya terhimpun dua huruf hamzah dalam satu kalimah, Hamzah pertama berbaris sedangkan Hamzah kedua sukun Lalu ditukar hamzah sukun kepada huruf mad mengikut baris hamzah pertama Kadar bacaannya 2 harakat Menurut guru saya ini ialah Mad Badal Hakiki , mad ba...

Bagaimana sebutan dhod diikuti dengan mad?

Imej
  Didalam surah fatihah ayat ke tujuh kita perlu menyebut dhod fathah dengan mad selama 6 harakat. Untuk meneliti cara yang betul kita perlu ketahui dua makhraj iaitu dhod dan alif mad. Dhod  (ض)  ada 3 pendapat makhrajnya. 1) Sepanjang tepi lidah ditekan pada dinding gusi geraham atas sebelah kiri atau kanan 2) Sepanjang tepi tepi lidah pada Gigi geraham atas sebelah kiri atau kanan 3) Hujung lidah pada langit2 tengah - pendapat yang lemah Manakala makhraj Alif mad ialah Rongga atau Jauf. Jadi..mana yang betul? 1) Menyentuh sepanjang tepi lidah pada makhraj dhod (ض) kemudian melepaskan lidah ditengah kerana mad alif, makhrajnya jauf..(kadang-kadang jadi tak sengaja lidah terlepas ke tengah kerana madnya yang panjang). 2) Atau menyentuh sepanjang tepi lidah pada makhraj dhod (ض) dan mengekalkan kedudukan lidah sampai habis harakat mad? Jawapannya ialah cara yang kedua adalah lebih tepat. Kenapa? Kerana Dhod bersifat itbaq, iaitu semasa menyebut melengkung lidah kelangit2....

Apa beza alif dengan hamzah?

Perbezaan Alif dan hamzah - Perjumpaan nya menghasilkan hukum bacaan Soalannya nampak mudah tetapi agak panjang jika hendak diterangkan. Beza Alif dan Hamzah perlu dilihat dari segi sifat bunyinya mungkin sama tetapi berbeza. Dari Segi Makhraj: Alif - Muqaddar  - tidak dapat ditentukan - sepanjang jauf - rongga kerongkong dan mulut Hamzah - Muhaqqaq - dapat ditentukan- mengikut Syeikh Ayman Suwaid ia adalah pita suara menutup dan membuka Dari Segi Sifat 1. Alif dan Hamzah bersamaan 4 sifat berlawanan kecuali pada satu sifat berlawanan syiddah-tawassut-rokhawah. Hamzah bersifat syiddah manakala alif bersifat rokhawah. Sifat syiddah ialah tertahan suara manakala rokhawah ialah mengalir suara atau terlepas suara. 2. Kenapa Hamzah syiddah? ini kerana bila sukun ia berbunyi " a' " tanpa sebarang tambahan dihujungnya. Bunyi ini tertahan. tidak mengalir suara. Perhatian: Berhati-hati ketika waqof pada mad wajib dgn hamzah supaya tidak berlaku bunyti seperti tashil ketika hen...

Tingkatan / Martabat dengung

Imej
  Mim dan Nun bersabdu tetap dipanjangkan 2 harakat ketika waqof. Tingkatan dengung muka surat 43. Tingkatan tertinggi dengung ialah dengung Wajibul Ghunnah 2 harakat mim dan nun musyaddad, mengikut nota kaki 20 pada muka surat 43 itu disebut ada Ulamak tajwid berpendapat kadar dengung harus dipanjangkan sampai 3 harakat Pada cetakan tahun 2021 edisi berwarna Kitab Tajwid Al-Quran Rasm 'Uthmani - Hj Abdul Qadir Leong telah diupdate dengan jenis jenis yang masuk dalam martabat dengung. Peringkat Tertinggi: 1. Nun dan Mim yang bersabdu yang pertama ianya bersabdu wajibul Ghunnah. 2. Idghom ma'al ghunnah pada huruf nun dan mim.  3. Idghom Mithlain.  4. Idghom mutajanisain bi Ghunnah. (Ba masuk kedalam Mim) 5. Nun bersabdu dari alif lam syamsiah (Lam mati masuk ke mim sabdu) * Jika kita perhati disini kita boleh juga masukkan mad lazim kalimi muthaqqal ma'al ghunnah yang masuk pada nun dan mim bersabdu. Peringkat Idghom 1. Idghom Naqis Maal Ghunnah pada huruf ya dan wau Peri...

Tasydid atau Sabdu atau Syaddah didalam kitab Tajwid Rasm Uthmani

Imej
Tajuk mengenai tasydid atau sabdu ini ada 3 tempat didalam kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani. 1) Muka Surat 3 - Tasydid 2) Muka Surat 67 - AlHaqqoh 3) Muka surat 96 - Bab Latihan memberi tanda bacaan pada hamzah bersambung(hamzah wasol), huruf ketiga adalah huruf ta, kebanyakkan orang melihat huruf ketiga huruf ba. Sabdu atau tasydid adalah salah satu dobt Al Quran. Ia menunjukkan: 1) Huruf berganda - dua huruf yang sama disatukan dan diletakkan sabdu. Satu huruf sukun satu huruf berbaris 2) Bacaan Idghom _ Contohnya Idghom Syamsi @ Alif lam syamsiah, contohnya lam mati masuk ke huruf ro. Ro itu bersabdu bukan bermakna ro itu huruf berganda. Kalau idghom maal ghunnah huruf mim, nun sukun masuk ke mim. bukan mim bersabdu itu huruf berganda. 3) Bacaan Kamil - lawan kamil(sempurna) ialah naqis(tidak sempurna), didalam alQuran, Idghom Naqis tidak diberi tanda sabdu. Seperti Idghom Mutajanisain Naqis ataupun Idghom Ma'al Ghunnah Naqis, nun sukun dan tanwin bertemu huruf wau dan ya...

Memahami Istilah "Mendatang" didalam kitab tajwid Rasm Uthmani Haji Abdul Qader Leong

 Kitab yang kita gunakan, Tajwid Al Quran Rasm Uthmani, banyak tempat digunakan istilah "mendatang". Maksud mendatang ini ialah"bukan yang asli" atau timbul dari yang "asli" Contohnya: Sifat Mendatang (m/s 24) Sifat mendatang adalah sifat yang bukan asli, atau sifat yang timbul dari sifat yang asli. Contohnya, sifat tafkhim adalah sifat yang mendatang timbul dari sifat huruf Isti'la Sukun Mendatang(m/s 69) Sukun mendatang biasa kita dengar pada Mad 'Arid lissukun. Mad yang terjadi kerana sukun yang mendatang pada huruf terakhir. Maksudnya huruf terakhir itu mempunyai baris yang asli tetapi kita yang sukunkan (menukar baris kepada sukun) kerana waqaf dan sebelumnya terdapat huruf mad. Dhommah Mendatang (m/s 95) Dhommah mendatang ada didalam bab memulakan bacaan dengan hamzah wasol. Ini bermaksud baris dhommah itu bukan asli, baris aslinya lain. Kasroh Mendatang   (m/s 59) Sila Rujuk: https://notatajwid.blogspot.com/2020/11/kasroh-aridoh-menjadikan-r...

Memulakan bacaan ketika hamzah wasal berjumpa hamzah sukun

Imej
 Ketika ingin memulakan bacaan @ ibtida' semasa hamzah wasal bertemu dengan hamzah sukun terdapat dua kaedah. Saya hanya ingin membincangkan ibtida' hamzah wasol bertemu hamzah sukun kerana bunyinya yang istimewa kerana orang 'Arab tidak menyebut ik atau uk ketika ibtida'. Kaedah yang pertama : memerhatikan huruf ketiga Kaedah yang pertama ialah memerhatikan huruf ketiga untuk menentukan baris hamzah wasol dengan pengecualian pada satu kalimah sahaja . Hamzah wasol dikira sebagai huruf kerana menerima baris ketika Ibtida'    Ibtida dengan bunyi bacaan "Uutumina". Uu dengan 2 harakat. Huruf ketiga ialah ta dhommah. Maka hamzah wasol diberi baris dhommah.    Ibtida dengan bunyi bacaan "iidzallii". ii dengan 2 harakat. Huruf ketiga ialah dzal fathah. Maka hamzah wasol diberi baris bawah.   Pengecualian pada kalimah ini kerana tidak mengikut kaedah kerana dhommah pada ta ت ialah dhomma...

Tingkatan Sofir

Imej
2 hari lepas saya ada menulis mengenai tingkatan hama s, tingkatan yang sama juga diguna pakai kepada huruf Sofir iaitu Sod ص , Zai ز dan Sin س yang juga berkongsi makhraj yang sama. Ibnul Jazary mengatakan dalam bait matan muqoddimahnya; صَفِيـرُهَـا صَــادٌ وَزَايٌ سِـيــنُ Hurufnya: ص ز س Perbezaan Sofir dan Hamas:  Sofir  Hamas  Sifat tunggal.  Sifat berlawanan - lawannya Jahar  Sofir adalah lebih kuat dari hamas  Hamas lebih lemah dari Sofir Kita dapati huruf sod dan sin adalah juga huruf hamas, maka huruf ini paling kuat diantara huruf hams yang lain. Sofir dari segi bahasa ialah berdesir Sofir Istilah tajwid: Menyebutnya dengan bunyi berdesir dan kuat. Bunyi desiran ini seakan bunyi unggas. Bunyi desiran sod yang paling kuat diikuti dgn zai dan sin. Kenapa sod paling kuat kerana sod ialah huruf isti'la. Huruf dzal biasa tersalah sebut dengan zai, hanya zai yang ada sofir manakal...