Nota Nota Tajwid untuk diguna, disebar dan dipakai oleh para asatizah yang mengajar al Quran menggunakan Kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani. Semoga bermanafa'at
Mengapa mengesan makhraj dan sifat lebih tepat dengan huruf sukun
Dapatkan pautan
Facebook
Twitter
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Jawapanya dijawab oleh Ustaz Muhammad Laili al Fadhli.
Topik yang menajdi perbincangan pada kali ini ialah sifat huruf Isti'la إستعلاء . Ini ialah sifat yang berlawanan. Bermakna setiap huruf pasti mempunyai salah satu sifat ini, kalau dia tidak isti'la, maka dia ialah istifal iaitu sifat lawan bagi huruf isti'la .(perhatian: kalau huruf itu istifal dia pasti infitah) Ibnul Jazari dalam bait syair matan muqoddimahnya dalam bab sifat huruf mengatakan; وَسَبْعُ عُلْوٍ خُصَّ ضَغْـطٍ قِـظْ حَصَـرْ Yang perlu kita hafal ialah خُصَّ ضَغْـطٍ قِـظْ setiap huruf dari rangkai kata ini ( خ ص ض غ ط ق ظ ) adalah huruf isti'la, selain dari 7 huruf ini adalah huruf istifal. Kita memang tak perlu menghafal huruf istifal. Contohnya huruf lam ada tak dalam kalimah( خُصَّ ضَغْـطٍ قِـظْ ) ? lam tiada, maka dia istifal. Perlu dihafal kesemuannya untuk menguasai sifat huruf Huruf isti'la ialah huruf yang terangkat pangkal lidah ke langit langit apabila kita menyebutnya.Tetapi perlu diambil perhatian kita tidak menyebut huruf isti'l
Didalam kitab Tajwid AlQuran Rasm Uthmani - Tn Haji Abdul Qader Leong, Muka surat 100, tanda bulat kecil. Hanya terletak pada huruf 'illah lemah alif, wau dan ya. Ia menunjuk sebagai huruf tambahan, tidak dibaca sebagai huruf mad ketika menyambung atau berhenti bacaan. Tanda bulat ini yang diletak atas huruf alif,wau dan ya tambahan juga dikenali sebagai As Sifrul Mustadir الصفر المستدير atau boleh disebut sifir mustadir seperti disebut oleh Ustaz Hazri Hashim didalam kitabnya Syarah Matan Tuhfatul Atfal: Panduan Tajwid berkesan. Maksud sifr ialah sifar, manakala mustadir ialah bulatan. Saya pernah mendengar Almarhum Hj Ahmad Mustafa menyebutnya Alif Sifar jika pada huruf alif, kita senang memanggilnya alif ziyadah atau zaidah . Ziyadah ialah tambahan. Alif sifar, sifir mustadir atau alif ziyadah - kesemuanya betul, tetapi didalam bab ziyadah ada satu lagi tanda bulat yang dikenali sebagai As Sifrul Mustathil Qo'im. Yang ini hanya terjadi pada huruf alif. Update: Sy juga me
Perbezaan Alif dan hamzah - Perjumpaan nya menghasilkan hukum bacaan Soalannya nampak mudah tetapi agak panjang jika hendak diterangkan. Beza Alif dan Hamzah perlu dilihat dari segi sifat bunyinya mungkin sama tetapi berbeza. Dari Segi Makhraj: Alif - Muqaddar - tidak dapat ditentukan - sepanjang jauf - rongga kerongkong dan mulut Hamzah - Muhaqqaq - dapat ditentukan- mengikut Syeikh Ayman Suwaid ia adalah pita suara menutup dan membuka Dari Segi Sifat 1. Alif dan Hamzah bersamaan 4 sifat berlawanan kecuali pada satu sifat berlawanan syiddah-tawassut-rokhawah. Hamzah bersifat syiddah manakala alif bersifat rokhawah. Sifat syiddah ialah tertahan suara manakala rokhawah ialah mengalir suara atau terlepas suara. 2. Kenapa Hamzah syiddah? ini kerana bila sukun ia berbunyi " a' " tanpa sebarang tambahan dihujungnya. Bunyi ini tertahan. tidak mengalir suara. Perhatian: Berhati-hati ketika waqof pada mad wajib dgn hamzah supaya tidak berlaku bunyti seperti tashil ketika hen
Ulasan
Catat Ulasan