Apa beza alif dengan hamzah?

Perbezaan Alif dan hamzah - Perjumpaan nya menghasilkan hukum bacaan

Soalannya nampak mudah tetapi agak panjang jika hendak diterangkan. Beza Alif dan Hamzah perlu dilihat dari segi sifat bunyinya mungkin sama tetapi berbeza.

Dari Segi Makhraj:
Alif - Muqaddar  - tidak dapat ditentukan - sepanjang jauf - rongga kerongkong dan mulut
Hamzah - Muhaqqaq - dapat ditentukan- mengikut Syeikh Ayman Suwaid ia adalah pita suara menutup dan membuka

Dari Segi Sifat
1. Alif dan Hamzah bersamaan 4 sifat berlawanan kecuali pada satu sifat berlawanan syiddah-tawassut-rokhawah. Hamzah bersifat syiddah manakala alif bersifat rokhawah. Sifat syiddah ialah tertahan suara manakala rokhawah ialah mengalir suara atau terlepas suara.

2. Kenapa Hamzah syiddah? ini kerana bila sukun ia berbunyi " a' " tanpa sebarang tambahan dihujungnya. Bunyi ini tertahan. tidak mengalir suara.

Perhatian: Berhati-hati ketika waqof pada mad wajib dgn hamzah supaya tidak berlaku bunyti seperti tashil ketika hendak memutuskan bunyinya.

Perhatian ke2: Jika "akk" bagi kaf ada hamas sedikit kerana syiddah dahulu, manakala "aqq" bagi qof ada qolqolah. Perbezaan antara 3 huruf ini dengan sifat.


3. Kenapa Alif rokhawah? kerana alif adalah huruf mad, ia berfungsi untuk memanjangkan bunyi fathah huruf sebelumnya. Jadi benar sekali alif adalah rokhawah kerana ketika sukun, bunyinya mengalir tidak terhenti seperti hamzah.

4. Alif walaupun bersifat istifal, tetapi ia tidak mutlak kerana adakalanya ia menjadi tebal apabila huruf sebelumnya adalah huruf isti'la dan juga ro fathah dan juga lam taghliz pada lafdzu jalalah yang dipanjangkan dengan dua harakat dengan sebab alif yang tersembunyi.

5. Satu sifat unik Hamzah yang tiada pada Alif ialah ia boleh berharakat fathah, kasroh dan dhommah. Maknanya hamzah boleh berbunyi "a", "i", "u" tetapi alif hanya berbunyi "aa" kerana alif hanya berbunyi jika huruf sebelumnya berbaris fathah.

6. Keunikan hamzah ialah ia boleh duduk diatas rumah alif, rumah wau dan ya, malah ia boleh duduk diatas alif soghiroh(alif kecil) pada ayat 72 surah albaqaroh. Rujukan http://repository.uin-malang.ac.id/6886/1/6886.pdf

7. Manakala alif pula terdapat banyak jenis selain dari alif mad seperti alif ziyadah 2 jenis, alif soghiroh, alif hamzah wasol

8. Hamzah telah wujud sejak awal penurunan Quran tetapi rupa huruf hamzah sekarang iaitu diambil dari kepala ain wujud hanya kemudian pada abad kedua hijrah.

9. Hamzah adalah huruf yang sangat sensitif dan unik dari segi bacaan, pelbagai hukum dan cara baca timbul dari hamzah..seperti bacaan tashil, bacaan mad jaiz dan mad wajib, mad badal dan apabila ibtida dengan hamzah wasol berjumpa hamzah sukun.

Perjumpaan Alif Mad dengan Hamzah
Didalam kitab Siraj al Qori, pada bab mad muttasil, dikatakan:
"Kemudian hikmah dimadkan pada mad muttasil kerana huruf mad itu dhoif dan tersembunyi dan huruf hamzah itu huruf yang kuat lagi payah. Maka dilebihkan pemanjangan pada huruf mad itu kerana menguatkan bagi mengatasi lemahnya(mad) ketika berjumpa hamzah. Dan ada pihak yang berkata: Supaya memungkinkan untuk berlafaz dengan huruf hamzah atas haknya(sifat aslinya) yang kuat "syiddah" dan nyaring "jahar". Wallahu A'lam"

.Update pada 25/2/2022





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sifat Huruf Isti'la

Alif Ziyadah, Wau Ziyadah Dan Ya Ziyadah- Sifrul Mustadir