Catatan

Tingkatan Sofir

Imej
2 hari lepas saya ada menulis mengenai tingkatan hama s, tingkatan yang sama juga diguna pakai kepada huruf Sofir iaitu Sod ص , Zai ز dan Sin س yang juga berkongsi makhraj yang sama. Ibnul Jazary mengatakan dalam bait matan muqoddimahnya; صَفِيـرُهَـا صَــادٌ وَزَايٌ سِـيــنُ Hurufnya: ص ز س Perbezaan Sofir dan Hamas:  Sofir  Hamas  Sifat tunggal.  Sifat berlawanan - lawannya Jahar  Sofir adalah lebih kuat dari hamas  Hamas lebih lemah dari Sofir Kita dapati huruf sod dan sin adalah juga huruf hamas, maka huruf ini paling kuat diantara huruf hams yang lain. Sofir dari segi bahasa ialah berdesir Sofir Istilah tajwid: Menyebutnya dengan bunyi berdesir dan kuat. Bunyi desiran ini seakan bunyi unggas. Bunyi desiran sod yang paling kuat diikuti dgn zai dan sin. Kenapa sod paling kuat kerana sod ialah huruf isti'la. Huruf dzal biasa tersalah sebut dengan zai, hanya zai yang ada sofir manakal...

Sifat Huruf Isti'la

Imej
 Topik yang menajdi perbincangan pada kali ini ialah sifat huruf Isti'la إستعلاء . Ini ialah sifat yang berlawanan. Bermakna setiap huruf pasti mempunyai salah satu sifat ini, kalau dia tidak isti'la, maka dia ialah istifal iaitu sifat lawan bagi huruf isti'la .(perhatian: kalau huruf itu istifal dia pasti infitah) Ibnul Jazari dalam bait syair matan muqoddimahnya dalam bab sifat huruf mengatakan; وَسَبْعُ عُلْوٍ خُصَّ ضَغْـطٍ قِـظْ حَصَـرْ Yang perlu kita hafal ialah خُصَّ ضَغْـطٍ قِـظْ  setiap huruf dari rangkai kata ini (  خ ص ض غ ط ق ظ ) adalah huruf isti'la, selain dari 7 huruf ini adalah huruf istifal. Kita memang tak perlu menghafal huruf istifal. Contohnya huruf lam ada tak dalam kalimah( خُصَّ ضَغْـطٍ قِـظْ ) ? lam tiada, maka dia istifal.  Perlu dihafal kesemuannya untuk menguasai sifat huruf Huruf isti'la ialah huruf yang terangkat pangkal lidah ke langit langit apabila kita menyebutnya.Tetapi perlu diambil perhatian kita tidak menyebut huruf isti'l...

Tingkatan Hams @ Hamas

Imej
Setiap huruf hijaiyah pasti ada 5 sifat yang berlawanan. Hamas ialah satu sifat yang berlawanan - lawannya Jahr. Hamas   الهمْس   ialah terlepas udara ketika menyebut hurufnya Jahar  الجهر   ialah tertahan udara ketika menyebut hurufnya Didalam kitab Tajwid Alquran Rasm Uthmani m/s 18 pengarang menyebut terlepas nafas. kita boleh juga katakan terlepas angin. tetapi sy lebih suka menyebutnya terlepas udara. Terlepas Udara = Terlepas  Nafas = Terlepas Angin Nafas ini udara lah. Ada udara adalah bunyi. Tanpa udara tiadalah bunyi. Sebenarnya kesemua 29 huruf hijaiyah, tanpa udara/nafas tidak akan terjadi bunyi. Tetapi sifat Hamas ini hurufnya yang sepuluh udaranya terlepas begitu ketara. Huruf Hamas ada 10 terangkum dalam syair Ibnul Jazari didalam bab sifat huruf yang berbunyi  مَهْمُوسُهَـا فَحَثَّـهُ شَخْـصٌ سَـكَـتْ  ---------------------- Yang perlu kita ingat dan hafal ialah   :فَحَثَّـهُ شَخْـصٌ سَـكَـتْ dimana setiap huruf dari rangkaika...

Iltiqo' us Sakinain -pertemuan 2 huruf sukun yang ada di kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani - Abdul Qader Leong

Imej
Pertemuan 2 huruf sukun (التقاء الساكنين) Iltiqo'us sakinain boleh didapati di beberapa tempat didalam kitab. Ada perkara yang penting untuk kita ketahui mengenai pertemuan dua huruf sukun ini.  Manakala pada bab Al Mutmathilain, Al Mutajanisain dan Al Mutaqaribain, bila diterangkan mengenai Soghir, Kabir dan Mutlak di muka surat 53, setiap pertemuan huruf  yang perlu kita ketahui termasuklah pertemuan huruf sukun bertemu sukun, iaitu iltiqo' us sakinain. iltiqo' = Pertemuan As Sakinain = 2 huruf sukun Pertemuan ini terjadi dalam satu kalimah dan dan pada 2 kalimah(huruf terakhir kalimah pertama berjumpa huruf awal kalimah kedua, hamzah wasol tidak dikira(dihazaf) bila keadaan wasol.  Jenis Pertemuan dua huruf Soghir huruf mati bertemu huruf berbaris Kabir huruf berbaris bertemu huruf berbaris Mutlak huruf berbaris bertemu huruf mati Iltiqo’ As Sakinain huruf mati bertemu huruf mati Pertemuan 2 huruf sukun pada 2 kalimah Iltiqo' us Sakinain atau pertemuan dua huruf ini ...

Kasroh 'Aridoh menjadikan ro sukun dibaca tebal

Imej
Setiap Ro sukun sebelumnya hamzah wasol dibaca dengan tafkhim(tebal) ro. Didalam kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani ms59, bab bahagian hukum bacaan huruf Ra, At Tafkhim no4. Ketika ra' bertanda sukun sebelumnya terdapat huruf baris bawah yang mendatang . Baris Bawah Mendatang inilah ialah Kasroh 'Aridoh Terjadi Kasroh 'Aridoh tersebut dengan 2 sebab 1) Ibitida hamzah wasol dgn baris bawah 2) Perjumpaan 2 huruf yang sukun.(Iltiqo' us Sakinain) Nota kaki 33 ada diterangkan mengenai kedua-nya.  Contoh Perjumpaan huruf yang sukun itu ialah seperti 3 contoh dari sebelah kanan . Baris bawah pada nun dan mim sebelum hamzah wasol itu diberikan baris bawah supaya dapat menyambung bacaan. Sepatutnya dia sukun, (liman, Am, In) berjumpa pula dengan ro sukun. (bukan berjumpa dgn hamzah wasol - hamzah wasol bukan huruf sukun kerana ia hazaf bila keadaan wasol) Jadi tidak boleh dibaca apabila 2 sukun berjumpa, maka dibariskan huruf terakhir dari kalimah yg awal untuk menyambung bacaan...

Alif Ziyadah, Wau Ziyadah Dan Ya Ziyadah- Sifrul Mustadir

Imej
Didalam kitab Tajwid AlQuran Rasm Uthmani - Tn Haji Abdul Qader Leong,  Muka surat 100, tanda bulat kecil. Hanya terletak pada huruf  'illah lemah alif, wau dan ya. Ia menunjuk sebagai huruf tambahan, tidak dibaca sebagai huruf mad ketika menyambung atau berhenti bacaan. Tanda bulat ini yang diletak atas huruf alif,wau dan ya tambahan juga dikenali sebagai As Sifrul Mustadir الصفر المستدير atau boleh disebut sifir mustadir seperti disebut oleh Ustaz Hazri Hashim didalam kitabnya Syarah Matan Tuhfatul Atfal: Panduan Tajwid berkesan. Maksud sifr ialah sifar, manakala mustadir ialah bulatan. Saya pernah mendengar Almarhum Hj Ahmad Mustafa menyebutnya Alif Sifar jika pada huruf alif, kita senang memanggilnya alif ziyadah atau zaidah . Ziyadah ialah tambahan. Alif sifar, sifir mustadir atau alif ziyadah - kesemuanya betul, tetapi didalam bab ziyadah ada satu lagi tanda bulat yang dikenali sebagai As Sifrul Mustathil Qo'im. Yang ini hanya terjadi pada huruf alif. Update: Sy juga m...