Mad Asli dan hal hal yang berkaitan dengannya

Mad asli - perbincangan lanjut

Sebelum kita mengenali mad yang lain adalah sangat penting kita mengetahui dengan mendalam keadaan keadaan mad asli yang berada didalam al Quran yang kita baca. Nampaknya benda yang mudah tetapi sebenarnya perbincangannya bila diperhalusi menjadi panjang.

Mad asli didalam Kitab Tajwid Al Quran Rasm 'Uthmani - Hj Abdul Qadir Leong ditakrifkan sebagai mad yang asal wujud bagi huruf yang bertemu dengan huruf mad yang tiga. Ia dibaca dengan kadar 2 harakat.

Didalam kitab kita, disenaraikan Huruf Mad ada tiga
1. Alif sebelumnya berbaris diatas
2. Wau huruf sebelumnya berbaris depan
3. Ya huruf sebelumnya berbaris bawah

Tetapi yang lebih tepat jika kita menyebutnya;
1) Alif sukun(mati) yang tidak bertanda, huruf sebelumnya berbaris diatas
2) Wau sukun yang tidak bertanda, huruf sebelumnya berbaris didepan
3) Ya sukun yang tidak bertanda, huruf sebelumnya berbaris dibawah

Istilah sukun ini tidak dipakai didalam kitab kita tapi dipakai dalam banyak kitab tajwid Melayu yang lama seperti Siraj al Qari dan Qari dan Qoriah.Didalam alQuran Majid Resam imla'i pada zaman dahulu wau dan ya mad asli ada ditanda dengan sukun kecuali alif. Ini penting diketahui sebab ada satu keadaan dimana perjumpaan dua huruf yang sukun @iltiqo us sakinain dimana huruf mad adalah sukun yang pertama berjumpa dengan huruf sukun..dalam keadaan wasol, mad itu dihilangkan supaya boleh menyambung bacaan. Kita akan bincangkan satu perenggan selepas ini

Pertama sekali, sebelum itu kita melihat makhorijul huruf  huruf mad asli. Huruf mad asli makhrajnya tidak dapat dipastikan dengan tepat. Keadaan ini dinamakan Muqoddar. Jadi dimana tempat keluar hurufnya..ia ada disekitar rongga kerongkong dan rongga mulut. 2 rongga ini dinamakan jauf.

Keduanya, mad asli terbahagi kepada dua, Mad Asli Kalimi dan Mad Asli Harfi. Mad Asli Kalimi adalah yang keadaan biasa,manakala mad asli harfi keadaan dimana mad asli yang dibaca pada huruf huruf muqotto'ah di awal surah.

Cth Surah Maryam ayat 1, ha dan ya dibaca mad asli 2 harakat, 

sila baca disini untuk cara bacaan huruf huruf muqotto'ah di awal surah.

Keadaan tidak terjadinya mad asli

Mad Asli selagi mana tidak bertemu sukun
Apabila huruf mad berjumpa dengan alif lam syamsiah/qamariah mahupun sukun biasa selepasnya . Ini merupakan perjumpaan dua huruf sukun. Huruf mad itu sukun berjumpa dengan lam sukun atau huruf sukun biasa. Maka dihilangkan mad asli terus masuk kepada lam/atau huruf sukun itu. Penjelasan pada kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani - Hj AbduL Qadir Leong pada muka surat 73. Contohnya hanya pada perjumpaan lam sukun (alif lam syamsiah/qamariah)

Contoh perjumpaan Mad Asli dengan huruf sukun biasa yang bukan dari alif lam, mad aslinya tidak dibaca terus masuk ke huruf sukun, jika waqaf mad aslinya dibaca:


Mad Asli selagi mana tidak bertemu hamzah pada kalimah berikutnya
Bila bertemu hamzah dikalimah berikutnya hukumnya telah berubah menjadi mad jaiz munfasil hakiki walau bagaimanapun jenis terpisah ini bila kita waqafkan pada kalimah sebelumnya ia menjadi mad asli

Mad Asli selagi mana bukan hamzah sebelumnya

Bukan dinamakan Mad Asli bila ada huruf hamzah sebelumnya Ia dinamakan Mad badal walaupun keadaannya menyerupai mad asli.
Keadaan ini selalu disalahertikan sebagai mad asli padahal ia adalah mad badal dan sesetengahnya menganggap ia adalah sebahagian dari mad asli. Pada pendapat saya ia adalah setepatrnya mad badal kerana Imam Sulaiman Al Jamzuriy didalam matan tuhfatul atfal menyatakan

أَوْ قُـدِّمَ الْهَمْـزُ عَـلَـى المَـدِّ وَذَا * بَـدَلْ كَـآمَـنُوا وَإِيَـماناً خُــذَا

"Jika Hamzah ada sebelum mad, maka ini adalah mad badal contohnya آمَـنُوا dan إِيَـماناً"


Mad badal terjadi disebabkan pertukaran hamzah kedua yang sukun menjadi huruf mad. Dan hukum mad badal adalah jaiz disebabkan riwayat warsy an nafi' boleh membacanya 2 atau 4 atau 6 harakat. Maka keadaan ini tidak dapat kita mengatakan ia sama dengan mad asli.

Sila baca 4 jenis mad badal disini

Keadaan Mad Asli yang bukan kebiasaannya(tidak kelihatan seperti asal)

Mad Asli pada lafzu Jalalah
Kalimah Allah dan Allahumma tetapi dibaca 2 harakat mad asli pada lamnya. Tanda mad alif kecil tidak ditandakan pada lafaz kalimah Allah kerana hendak dibezakan dengan kalimat al laat(nama berhala) pada ayat 19 surah an najmi. 

Mad Asli yang terjadi ketika waqaf - sukun mendatang
Huruf terakhirnya berbaris bila berhenti/waqaf padanya kita sukunkan dia, jadilah mad asli. Dalam keadaan wasol kita baca barisnya.

Contoh surah al Baqarah ayat 221



Surah al Hashri ayat 22


Mad Asli yang terjadi ketika waqaf - mad 'iwad
Ketika waqaf tanwin baris dua atas (fathahtain) ditukar menjadi satu baris atas(fathah), maka kelihatanlah mad asli. Tetapi atas sebab pertukaran itu tidak dikatakan sebagai mad asli tetapi mad 'iwadh

Kita lihat disini resam penulisan tanwin baris dua atas mesti ada alif selepasnya atau alif maqsurah selepasnya. Jika waqaf barulah kita nampak kenapa ia ditulis sedemikian



Mad Asli pada Alif kecil,wau kecil, ya kecil
Alif kecil, wau kecil dan ya kecil - huruf yang tertinggal juga adalah mad asli. Ia adalah salahsatu kaedah penulisan Resam 'Uthmani yang dinamakan Hazaf. Huruf huruf mad itu dihazafkan dikalimah tertentu dan kemudiannya diberi tanda baca huruf alif, wau dan ya kecil kerana ia mesti dijaga dan dibaca dengan betul.
Contoh: Wau kecil ada pada nama Nabi Daud as. Alif kecil dan Ya kecil ada pada nama Nabi Ibrahim as.




Alif maqsurah
Alif maqsurah iaitu ya yang tidak bertitik dihujung kalimah didalamnya ada alif kecil juga mad asli contoh seperti nama Nabi Musa as dan Nabi Isa as. Ya itu adalah asal tulisannya alif diganti dengan ya. Alif kecil didalamnya datang kemudian supaya tidak terjadi salah baca. Ia merupakan satu kaedah penulisan Rasm 'Uthmani yang dinamakan Ibdal.

Alif kecil didalam ya itu dihilangkan bila ia bertemu dengan huruf mati. Penjelasan pada kitab kita pada muka surat 73. 


Mad Asli pada Mad silah Qosiroh.

Termasuk mad asli pada mad yang terjadi pada mad silah qosiroh pada ha dhomir berbaris bawah dan depan dimana huruf sebelum dan selepasnya mesti berbaris. Tetapi mad silah ini syaratnya tidak mutlak, ada keadaan ia keluar dari keadaan asal. Pada ha dhomir yang berbaris depan diletak wau kecil selepasnya dan bila ha dhomir berbaris bawah diletak ya ma'qusoh didepannya. jika bertemu dengan hamzah dia bukan lagi mad asli tetapi mad jaiz munfasil hakiki.

ya kecil itu ialah ya ma'qusoh bila ha dhomir baris bawah

wau kecil bila ha dhomir baris depan


Tambahan - Mad Asli bersama dengan Mad Tamkin:
Ada juga keadaan dimana kelihatan nya mad asli tetapi boleh dipanggil dengan nama yang lain.

Contohnya Mad Tamkin. Apabila mad asli berjumpa dengan huruf yang serupa dengannya di kalimah berikutnya.

Yang hendak dijaga(ditetapkan@tamkin) ialah mad nya


Mad Asli yang terjadi ketika waqaf tapi tidak ketika wasol untuk 6 kalimah bacaan khusus riwayat Hafs. Alifnya ditanda dengan  Sifrul Mustathil.

Jadual dr Kitab Perbahasan Ilmu Tajwid Menurut riwayat Hafs An Asim Melalui Toriq Asy Syatibiyyah oleh Dr Surul Shahbuddin al Nadwi


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sifat Huruf Isti'la

Alif Ziyadah, Wau Ziyadah Dan Ya Ziyadah- Sifrul Mustadir

Tingkatan / Martabat dengung