Catatan

Memahami Istilah "Mendatang" didalam kitab tajwid Rasm Uthmani Haji Abdul Qader Leong

 Kitab yang kita gunakan, Tajwid Al Quran Rasm Uthmani, banyak tempat digunakan istilah "mendatang". Maksud mendatang ini ialah"bukan yang asli" atau timbul dari yang "asli" Contohnya: Sifat Mendatang (m/s 24) Sifat mendatang adalah sifat yang bukan asli, atau sifat yang timbul dari sifat yang asli. Contohnya, sifat tafkhim adalah sifat yang mendatang timbul dari sifat huruf Isti'la Sukun Mendatang(m/s 69) Sukun mendatang biasa kita dengar pada Mad 'Arid lissukun. Mad yang terjadi kerana sukun yang mendatang pada huruf terakhir. Maksudnya huruf terakhir itu mempunyai baris yang asli tetapi kita yang sukunkan (menukar baris kepada sukun) kerana waqaf dan sebelumnya terdapat huruf mad. Dhommah Mendatang (m/s 95) Dhommah mendatang ada didalam bab memulakan bacaan dengan hamzah wasol. Ini bermaksud baris dhommah itu bukan asli, baris aslinya lain. Kasroh Mendatang   (m/s 59) Sila Rujuk: https://notatajwid.blogspot.com/2020/11/kasroh-aridoh-menjadikan-r

Memulakan bacaan ketika hamzah wasal berjumpa hamzah sukun

Imej
 Ketika ingin memulakan bacaan @ ibtida' semasa hamzah wasal bertemu dengan hamzah sukun terdapat dua kaedah. Saya hanya ingin membincangkan ibtida' hamzah wasol bertemu hamzah sukun kerana bunyinya yang istimewa kerana orang 'Arab tidak menyebut ik atau uk ketika ibtida'. Kaedah yang pertama : memerhatikan huruf ketiga Kaedah yang pertama ialah memerhatikan huruf ketiga untuk menentukan baris hamzah wasol dengan pengecualian pada satu kalimah sahaja . Hamzah wasol dikira sebagai huruf kerana menerima baris ketika Ibtida'    Ibtida dengan bunyi bacaan "Uutumina". Uu dengan 2 harakat. Huruf ketiga ialah ta dhommah. Maka hamzah wasol diberi baris dhommah.    Ibtida dengan bunyi bacaan "iidzallii". ii dengan 2 harakat. Huruf ketiga ialah dzal fathah. Maka hamzah wasol diberi baris bawah.   Pengecualian pada kalimah ini kerana tidak mengikut kaedah kerana dhommah pada ta ت ialah dhomma

Tingkatan Sofir

Imej
2 hari lepas saya ada menulis mengenai tingkatan hama s, tingkatan yang sama juga diguna pakai kepada huruf Sofir iaitu Sod ص , Zai ز dan Sin س yang juga berkongsi makhraj yang sama. Ibnul Jazary mengatakan dalam bait matan muqoddimahnya; صَفِيـرُهَـا صَــادٌ وَزَايٌ سِـيــنُ Hurufnya: ص ز س Perbezaan Sofir dan Hamas:  Sofir  Hamas  Sifat tunggal.  Sifat berlawanan - lawannya Jahar  Sofir adalah lebih kuat dari hamas  Hamas lebih lemah dari Sofir Kita dapati huruf sod dan sin adalah juga huruf hamas, maka huruf ini paling kuat diantara huruf hams yang lain. Sofir dari segi bahasa ialah berdesir Sofir Istilah tajwid: Menyebutnya dengan bunyi berdesir dan kuat. Bunyi desiran ini seakan bunyi unggas. Bunyi desiran sod yang paling kuat diikuti dgn zai dan sin. Kenapa sod paling kuat kerana sod ialah huruf isti'la. Huruf dzal biasa tersalah sebut dengan zai, hanya zai yang ada sofir manakala dzal tiada sofir dan dz

Sifat Huruf Isti'la

Imej
 Topik yang menajdi perbincangan pada kali ini ialah sifat huruf Isti'la إستعلاء . Ini ialah sifat yang berlawanan. Bermakna setiap huruf pasti mempunyai salah satu sifat ini, kalau dia tidak isti'la, maka dia ialah istifal iaitu sifat lawan bagi huruf isti'la .(perhatian: kalau huruf itu istifal dia pasti infitah) Ibnul Jazari dalam bait syair matan muqoddimahnya dalam bab sifat huruf mengatakan; وَسَبْعُ عُلْوٍ خُصَّ ضَغْـطٍ قِـظْ حَصَـرْ Yang perlu kita hafal ialah خُصَّ ضَغْـطٍ قِـظْ  setiap huruf dari rangkai kata ini (  خ ص ض غ ط ق ظ ) adalah huruf isti'la, selain dari 7 huruf ini adalah huruf istifal. Kita memang tak perlu menghafal huruf istifal. Contohnya huruf lam ada tak dalam kalimah( خُصَّ ضَغْـطٍ قِـظْ ) ? lam tiada, maka dia istifal.  Perlu dihafal kesemuannya untuk menguasai sifat huruf Huruf isti'la ialah huruf yang terangkat pangkal lidah ke langit langit apabila kita menyebutnya.Tetapi perlu diambil perhatian kita tidak menyebut huruf isti'l