Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2022

Mad Asli dan hal hal yang berkaitan dengannya

Imej
Mad asli - perbincangan lanjut Sebelum kita mengenali mad yang lain adalah sangat penting kita mengetahui dengan mendalam keadaan keadaan mad asli yang berada didalam al Quran yang kita baca. Nampaknya benda yang mudah tetapi sebenarnya perbincangannya bila diperhalusi menjadi panjang. Mad asli didalam Kitab Tajwid Al Quran Rasm 'Uthmani - Hj Abdul Qadir Leong ditakrifkan sebagai mad yang asal wujud bagi huruf yang bertemu dengan huruf mad yang tiga. Ia dibaca dengan kadar 2 harakat. Didalam kitab kita, disenaraikan Huruf Mad ada tiga 1. Alif sebelumnya berbaris diatas 2. Wau huruf sebelumnya berbaris depan 3. Ya huruf sebelumnya berbaris bawah Tetapi yang lebih tepat jika kita menyebutnya; 1) Alif sukun(mati) yang tidak bertanda, huruf sebelumnya berbaris diatas 2) Wau sukun yang tidak bertanda, huruf sebelumnya berbaris didepan 3) Ya sukun yang tidak bertanda, huruf sebelumnya berbaris dibawah Istilah sukun ini tidak dipakai didalam kitab kita tapi dipakai dalam banyak kitab tajw...

Biodata Ustaz Haji Abdul Qadir Leong

Imej
Minit awal al Fadhil Ustaz Hj Abdul Qadir Leong memperkenalkan diri. Beliau adalah penyusun kitab tajwid yang terkenal di Malaysia, Tajwid Al Quran Rasm Uthmani. Edisi terbaru kitab ini juga memuatkan biodata beliau pada muka surat 116.

Rukun Tajwid

Imej
Rukun tajwid ini diambil dari buku Tajwid al Quran oleh Ustaz Dahim Jalal al Jawi  Rukun Tajwid itu empat perkara sebagaimana dijelaskan didalam Muzakkarah fit Tajwid 1. Mengetahui semua makhraj huruf 2. Mengetahui semua sifat huruf 3. Mengetahui cara membaca huruf hijaiyah apabila tersusun menjadi kalimah yang mengandungi huruf tebal dan huruf nipis maka wajib ditunaikan hak hak huruf hijaiyah supaya tidak cacat bacaan kalimah tersebut, contohnya; sila lihat screenshot. 4. Melatih lidah dengan cara banyak membaca al Quran dan mendapatkan bimbingan guru yang ahli didalam ilmu tajwid secara talaqqi dan musyafahah Rukun ke empat adalah yang paling penting dalam usaha memperbaiki mutu baca al Quran, tetapi tidak ramai orang yang sabar dan sanggup berguru lebih lebih lagi apabila uban telah penuh dikepala. Ingatlah tiada cara yang betul mempelajari alQuran kecuali hadir dihadapan guru yang alim didalam tajwid alQuran iaitu secara talaqqi dan musyafahah Sila tonton juga Ustaz Muhammad I...