Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

Memulakan bacaan ketika hamzah wasal berjumpa hamzah sukun

Imej
 Ketika ingin memulakan bacaan @ ibtida' semasa hamzah wasal bertemu dengan hamzah sukun terdapat dua kaedah. Saya hanya ingin membincangkan ibtida' hamzah wasol bertemu hamzah sukun kerana bunyinya yang istimewa kerana orang 'Arab tidak menyebut ik atau uk ketika ibtida'. Kaedah yang pertama : memerhatikan huruf ketiga Kaedah yang pertama ialah memerhatikan huruf ketiga untuk menentukan baris hamzah wasol dengan pengecualian pada satu kalimah sahaja . Hamzah wasol dikira sebagai huruf kerana menerima baris ketika Ibtida'    Ibtida dengan bunyi bacaan "Uutumina". Uu dengan 2 harakat. Huruf ketiga ialah ta dhommah. Maka hamzah wasol diberi baris dhommah.    Ibtida dengan bunyi bacaan "iidzallii". ii dengan 2 harakat. Huruf ketiga ialah dzal fathah. Maka hamzah wasol diberi baris bawah.   Pengecualian pada kalimah ini kerana tidak mengikut kaedah kerana dhommah pada ta ت ialah dhomma