Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2020

Kaedah memulakan bacaan dengan hamzah wasal

Imej
Didalam kitab Tajwid AlQuran Rasm Uthmani ms 94-96 bab Cara memulakan dengan hamzah bersambung diringkaskan ke dalam jadual dibawah. Pada point ke3 ms94, disenraikan 7 kalimah yang sentiasa berbaris dibawah. Tuan Penyusun kitab menyenaraikan alismu pada surah al Hujurat ayat 11 ms 516. Tetapi yang lebih tepat ialah semua kalimah ismu.Cth Surah Aali 'Imran ayat 45 mukasurat 55 Al Quran. Bila ibtida' dibaca "ismuhu" Kalimah ismu juga terdapat pada matan al jazari pada bab hamzah wasol.   

Syair Huruf Hijaiyah dan lingkungan makhraj dari kitab Al Murshid fi ilm At Tajwid

Imej
 Syair ini sesuai dengan bab makhraj huruf didalam kitab Tajwid AlQuran Rasm Uthmani - Tuan Haji Abdul Qader Leong, kerana gelaran makhrajnya yang sama. Cuma disini kita dapati susunan huruf halqum, Kho dan Ghoin terbalik dari yg mashur dan Huruf Dhod ditengah lidah adalah pendapat yg lemah. Namun begitu ia tetap bagus untuk dihafaz utk memudahkan ingatan kumpulan2 huruf.

Senarai Nun Wiqoyah - Nun Wasol - Nun Iwad

Imej
Wiqoyah mengikut guru saya ialah mengawal. Nun wiqoyah juga dikenali dengan nama Nun Iwad ataupun Nun wasal. Iwad=ganti, Wasol = sambung. Nun Wiqoyah ini terjadi bila terdapat pertemuan dua huruf yang mati(sukun) = Iltiqo' us Sakinain. Didalam kitab Tajwid AlQuran Rasm Uthmani ia terdapat di muka surat 102 bawah tajuk tanwin 1)Tanwin Pertama sekali kita mesti tahu apa itu tanwin. Tanwin itu sendiri sebenarnya adalah nun sukun zaidah(tambahan) dari segi bacaan. Bacaan tanwin pula hanya wujud semasa ia wasol.       فتحتين Fathatain  كسرتين Kasrotain  ضمتين Dhommatain 2)Huruf bersabdu ialah huruf mati Keduanya kita mesti tahu huruf bersabdu ialah 2 huruf, satu huruf mati satu huruf berbaris. Jadi sabdu juga termasuk dalam huruf sukun dalam bab ini. (perhatian ada sabdu bukan dr dua huruf yg sama tetapi terjadi sbb idgham - sila baca disini )Memang ada pertemuan dengan huruf yang bersabdu seperti pertemuan tanwin izhar deng

Hukum Ro Tebal dan Nipis Riwayat Hafs 'An 'Asim

Imej
Jadual Hukum Ro dibawah dibuat berdasarkan Kitab "Tajwid Al Quran Rasm Uthmani" Oleh Haji Abdul Qader Leong. Saya menambah pada ro bersabdu. Ro bersabdu adalah mengikut baris padanya dan dibaca seperti satu ro -  disembunyikan takrirnya seperti dalam matan al jazari. @ wajah ro tebal dan nipis tidak lengkap seperti jadual dibawah tetapi boleh didapati disini https://notatajwid.blogspot.com/2020/10/2-wajah-bacaan-ro-riwayat-hafs-asim.html Utk Tujuan Print sila klik disini:  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-r-9s2M31PEoqBlxkpLhqeyza6qmR1B25HBjozuQzOUxbu-tg2jA9qV5UO1q5IVMikOSLrqHUXBlIKBjo7z0zQbSdujv848RvJuFSAzzrNGchYoZd7rTGFfnMuNWAO8Q72bVXrSFmX6jZ/s2048/hukumro.png

2 Wajah bacaan yang ada di dalam Kitab Tajwid Rasm Uthmani Abdul Qader Leong

Imej
 Salah satu kitab tajwid yang paling lengkap di Malaysia ialah  Kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani yang disusun oleh tuan Syeikh Abdul Qader Leong. Namun masih ada kekurangan didalamnya jika ditambah akan bertambah lengkap dan bersinar. Bab yang kekurangan ialah 2 wajah bacaan riwayat Hafs   An Asim Thoriq As Syatibi dan juga bacaan khusus riwayat Hafs An Asim Thoriq As Syatibi. Gambar bawah disenaraikan 2 wajah bacaan yang terdapat dalam kitab tersebut.  Muka Depan Kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani Senarai penuhnya boleh lah menonton channel UfiQatar oleh Ustaz Muhammad. No 9 Toha ayatnya ialah 77 bukan 22. Manakala no 11. Yusuf 21 tu ayat yg lain, ayat yg dipapar ialah Yusuf ayat 99 Sila rujuk disini utk pembetulan dan senarai lengkap 2 wajah bacaan ro. https://notatajwid.blogspot.com/2020/10/2-wajah-bacaan-ro-riwayat-hafs-asim.html

2 Wajah bacaan Ro - Riwayat Hafs an Asim Thoriq Syatibi

Imej
Hukum bacaan Ro - Tafkhim, Tarqiq dan 2 Wajah - Boleh  keduanya,Tafkhim atau Tarqiq. Muqoddam Ada 'an didalam jadual ialah wajah yang didahulukan. Boleh cuba save dan print kerana size gambar ini besar. Klik kanan, open image in new tab atau klik disini:  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBMGGnJUpJPoMKxmAimWDzFfLFlxWNetVfXQTaQcOzA4uoMtoT551NW5-CeLZLJbRi3qjVw3LCiiWgxSgFckws1gyoDPbMMKAqNaixCCzaYA5eeWPhvf5fR3vsKELiz9c95r9ww3YllloM/s2048/2wajahro.jpg