Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2022

Soalan, adakah mad lin mad 'arid lissukun?

Soalan, adakah mad lin itu boleh dipanggil mad 'arid lissukun? Jika kita berdepan dengan soalan begini, Jawapan yang paling tepat ialah mad lin dan mad 'arid lissukun adalah berlainan. Tetapi boleh kita sebutnya sebagai= mad lin 'arid lissukun   sebagaimana kita sebut mad muttasil 'arid lissukun sebab memang kita sukunkan huruf yang terakhir pada mad lin tersebut. Tetapi kita tidak boleh sebut mad lin itu adalah mad 'arid lissukun. Kenapa tak sama? 1. Mad 'arid lissukun terjadi disebabkan huruf mad sebelum huruf terakhir yang disukunkan manakala mad lin terjadi disebabkan huruf lin yg terdapat sebelum huruf akhir yang disukunkan. 2. Harakat mad lin disebut secara menaik dari kecil ke besar( taraqqi )manakala harakat mad 'arid disebut secara menurun dari besar ke kecil (tadalli). 3. Mad lin tidak termasuk dalam martbat mad kerana dia terjadi bukan sebab huruf mad. 4. Mad 'arid itu tinggi martabatnya lebih tinggi dari mad jaiz tidak mungkin disamakan denga