Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2022

Doa untuk guru Al Quran kita

Imej
  اَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَيْبَ مُعَلِّمِي عَنِّي وَلَا تُذْهِبْ بَرَكَةَ عِلْمِهِ مِنِّي “Ya Allah, tutupilah aib guruku dariku, dan jangan Engkau hilangkan berkah ilmunya dariku.” Doa ini disebut Imam An Nawawi didalam kitabnya At Tibyan. "Sebahagian Salaf jika berangkat ke tempat gurunya, mereka terlebih dahulu berinfaq dengan sesuatu dan berdoa," اَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَيْبَ مُعَلِّمِي عَنِّي وَلَا تُذْهِبْ بَرَكَةَ عِلْمِهِ مِنِّي Dari pengalaman saya, jika ada kesilapan tersasul dr mulut guru atau lain pendapat dengan guru kita biarkan dahulu jangan terus ditegur. Sampai masanya kita akan tahu kesilapan guru itu tersasul ataupun memang tersalah. Jika kita bersabar insya Allah kita akan dapat lebih banyak ilmu nak dibandingkan dengan kesilapan guru yang sedikit. Guru yang baik akan mendengar dan menyemak pendapat kita jika betul beliau tersalah.   

Wajah bacaan waqaf mad 'arid lissukun dan mad muttasil 'arid lissukun

Imej
 Wajah wajah bacaan waqaf mad 'arid lissukun dan mad muttasil 'arid lissukun  Pada muka surat 70 dan 71 Kitab Tajwid Al Quran Rasm Uthmani ada diceritakan kaedah kaedah atau wajah bacaan mad 'arid lissukun telah saya permudahkan dengan jadual dibawah untuk mudah difahami insha Allah. Mad 'Arid lissukun, ialah mad yang terjadi apabila kita menghentikan bacaan(waqaf) pada huruf akhirnya yang berbaris dimana sebelumnya terdapat huruf mad.  Kenapa saya tulis dibawah 6, 4, 2 tidak 2, 4, 6. Mad 'Arid selalu saya sebut bukan 2 ' sampai' 6. Tetapi dia ' atau' . Dia 6 atau 4 atau 2 harakat. Disebut dari harakat yang tinggi dahulu 6, 4, 2 secara tadalli(menurun) kerana martabat mad 'Arid Lissukun lebih tinggi dari Mad Jaiz Munfasil. Jika didalam ayat ada mad Jaiz kita tidak boleh membaca Mad 'Arid Lissukun Qasr 2 harakat. Berbeza dgn mad lin dimana mad lin harakat yang lebih aula ialah qasr 2 harakat, jadi harakat mad lin disebut secara taraqqi (diej...

Dalil Tafkhim Nisbi

Imej
Huruf Tafkhim Nisbiyyah ada 3 iaitu Qof (ق) , Ghoin(غ) dan Kho(خ)   ianya dibaca condong kepada nipis.   Tafkhim Nisbiyyah berlaku dalam 2 keadaan : 1) Apabila hurufnya berbaris dibawah 2) Apabila hurufnya mati sebelumnya baris bawah - bagi Qof - qolqolahnya dibaca nipis Ustad Muhammad Laili al Fadhli menyatakan didalam risalahnya Metode Al Jazary: Sebagaimana telah diuraikan, bahwasanya huruf isti’la yang bukan ithbaq menempati posisi tafkhim paling rendah saat dikasrahkan. Bahkan suara yang keluar sangat mirip dengan huruf tarqiq. Namun, ia tidak dapat dikatakan tarqiq, melainkan tafkhim nisbi. Terdapat perbezaan sedikit dengan Ustaz Muhammad Laili al fadhli. Yang saya dapat dari guru, qolqolah pada qof juga dinipiskan  

Sijil Sanad Guru Al Quran saya

Imej
Tampal buat kenangan. Sanad Al Quran Guru saya, bukan saya. Guru saya Ustaz Muhammad Qamar bin Zakaria @ Ustaz Kamal mempunyai 2 sanad yang berbeza, melalui gurunya Ustaz Rusli Muhammad Zain. Guru saya jauh dari sikap menunjuk-nunjuk atau berbangga didalam majlisnya tak pernah dia menyebut sanadnya...tetapi dia ada menekankan rukun membaca al Quran kena  bersanad sahih.  

Dalil Qolqolah Akbar

Berkata Syeikh Ibrahim 'Ali As Samanudiy di dalam nazomnya لآلئ البيان في تجويد القرءان Li Aalial Bayan fi Tajwidil Quran كَبِيْرَةٌ حَيْثُ لَدَى الوَقْفِ أَتَتْ أَكْبَرُ حَيْثُ عِنْدَ وَقْفٍ شُدِّدَتْ Telah datang Qolqolah Kubro itu ketika Waqaf, Qolqolah Akbar pula ketika waqaf pada huruf yang bertasydid Disinilah datangnya nama Qolqolah Akbar. Manakala Syeikh Ibrahim Ali juga mempunya sebuah lagi matan "Tuhfatus Samannudiyyah" yang mempunyai bait martabat mad tetapi diperhatikan didalam matan ini juga mempunyai lafaz martabat mad yang serupa