Memahami Istilah "Mendatang" didalam kitab tajwid Rasm Uthmani Haji Abdul Qader Leong
Kitab yang kita gunakan, Tajwid Al Quran Rasm Uthmani, banyak tempat digunakan istilah "mendatang". Maksud mendatang ini ialah"bukan yang asli" atau timbul dari yang "asli" Contohnya: Sifat Mendatang (m/s 24) Sifat mendatang adalah sifat yang bukan asli, atau sifat yang timbul dari sifat yang asli. Contohnya, sifat tafkhim adalah sifat yang mendatang timbul dari sifat huruf Isti'la Sukun Mendatang(m/s 69) Sukun mendatang biasa kita dengar pada Mad 'Arid lissukun. Mad yang terjadi kerana sukun yang mendatang pada huruf terakhir. Maksudnya huruf terakhir itu mempunyai baris yang asli tetapi kita yang sukunkan (menukar baris kepada sukun) kerana waqaf dan sebelumnya terdapat huruf mad. Dhommah Mendatang (m/s 95) Dhommah mendatang ada didalam bab memulakan bacaan dengan hamzah wasol. Ini bermaksud baris dhommah itu bukan asli, baris aslinya lain. Kasroh Mendatang (m/s 59) Sila Rujuk: https://notatajwid.blogspot.com/2020/11/kasroh-aridoh-menjadikan-r...